Nuffnang Ads

14 May, 2012

Trip to Pulau Redang (24 - 26 Mac 2012)

Salam,

Seperti yang gua janjikan, gua update pasal trip gua ke Pulau Redang Mac lepas (woohhhoo! kan gua kata camera rosak, so lambat sikit update). Dah.. dah.. Gua nak sambung neh. Ke perenggan berikutnya...jeng jeng..

Trip ni dihadiri seramai 5 orang iaitu housemate gua (Boom2), Officemate gua (Salmi), Tunang Salmi (Syuk), Kawan Syuk (Mizi), dan saya (Zana -ehem-). Kami berangkat dari Putrajaya Sentral dengan menaiki bas ke Kuala Terengganu pada malam 23 Mac 2012 tu jam 9.30 malam. Alamak, apsal gua skema sangat ni? Ok, kena santai sebab ini entri pasal ke pulau. hehe..

Sesampai je kitorang kat KT jam 5.30 pagi, kitorang pergilah breakfast dulu and berjalan kaki tau ke Jeti Syahbandar. Jalan kaki tu tak lama dalam 15 minit jer. Untuk tenaga muda seperti kami, agak gagahlah juga nak berjalan kan. Kaunter untuk mengambil tiket feri dibuka jam 8.30 pagi. Memandangkan gua dah beli pakej semua, so memang nama gua dah ada di situ dan tiket untuk gua memang sudah diasingkan siap-siap. Senang kerja gua. Oh, ya. Kejap lagi gua cerita pasal pakej yang gua amek. Sabar ye incik.

Perjalanan ke Pulau Redang dari jeti adalah lebih kurang sejam setengah. Haha. Gua sempat la jugak mengecas tenaga gua (tidur daa), sebab feri tu melambung-lambung melanggar ombak seolah-olah mendodoi gua.Ok, tak penting. Hehe. Sampai-sampai jer kat pulau, dengan jakunnya kami "Waaahhhh!" secara serentak. Cantik siot pemandangan di depan mata. Ok, gua sendiri sebenarnya pernah ke pulau, tapi ke Pulau Perhentian. Gua rindukan pemandangan seperti ini. Seolah- olah pulau ni melambai-lambai suruh gua datang balik.Adei, sekarang gua tengah kerinduan untuk kembali ke pulau.

Pakej yang gua amek adalah dengan Redang Lagoon resort, RM280/pax untuk triple room, dan RM290/pax untuk twin room. Murah kan? Ini adalah pakej paling murah sebab bilik dia dilengkapi aircond ok, so memang gua berpuas hati lah dengan pakej ni. Merangkumi return boat transfer from jetty to pulau, 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, dan 1 BBQ dinner. Juga ada 3 trip untuk snorkelling tau. Sungguh wow pakej ni. Kami semua berpuas hati and insyaAllah gua akan datang balik.

Ada baiknya korang layan gambar-gambar di bawah ni. Hehe. Gua cakap banyak pun guna. Zassss....


air biru yang buat gua tak sabar nak terjun ini jam..huhu

 bilik kami (gadis-gadis ayu)

 bilik mereka (jejaka errr...beach boys :p)

 snorkelling time (yeeehhhaaaa!!)

 hammock yang best yang tak boleh dapat feel ini macam kalu di mana-mana (trust me!)

aktiviti malam-malam..huhu..tak main duit tau..main saja-saja..sapa kalah, 'cong' kad..hee

 ini kami naik untuk ke pulau dari ferry 

 can you feel it??

mandi-manda sebelum senja

cantik kan? :) i loike!

i'll take them to travel again soon

So, macam mana? Ada puas? Ada keinginan mahu ke Pulau Redang? Or any other islands in Malaysia? Banyak lagi pulau-pulau Malaysia ni yang gua nak pergi tau. Masa dan fulus jer takda sekarang. No worries. Gua akan realisasikan. So next next next time gua update plak pasal trip gua ke Kuala Terengganu hari tu bersama kesayangan-kesayangan gua (mak bapak kitew laa). Huhu.. O yea! Terima kasih kerana melawat blog gua.


Beach girl (erk);
Zana 

No comments:

Post a Comment