Nuffnang Ads

13 May, 2012

apa yang berlaku sebenarnya?

Salam,

Hari ni mood gua baik nak menulis sampai 2 entri. Hep! Hep! Hooray! Tapi gua cuma nak melepaskan rasa pelik je ni. Malam ni mood gua baik nak menonton berita semasa yang berlaku di tanah air yang terchenta ni kan. Yang peliknya, gua tengok, berita dah tak serupa berita. Ya, gua akui. Gua memang jarang menonton tv sebab aktiviti bersama kawan-kawan atau keluarga di hujung minggu yang selalu pack. Jadinya, masa untuk diluangkan menonton televisyen ni memang terhad. Adapun, menonton melodi (ops, kantoi! Suka tengok gossip retis rupanya). Hakhakhak. Pergh! Gua dah jauh melalut! Demm.. Ada baiknya gua sambung di perenggan baru, lebih sopan bukan? :p

Dari mula gua tengok berita malam ini (tak payah la gua nyatakan channel apa ya). Mula-mula bercerita pasal PATI (pendatang asing tanpa izin). Then, berita pasal PM merasmikan itu ini (which is biasa la kan). Pastu, pasal insentif kepada nelayan oleh gomen (pakcik kayooo! Woohhooo!). Seterusnya, bermulalah berita merepek pasal pastri bakul yang boleh dimakan, and i was like OMG! Are they serious? You can simply put that on your documentary show, man! Kenapa perlu disiarkan di dalam berita? I need latest news! After that, "berita" pasal lintah masuk dubur. Kahkahkah! Gua rasa macam menonton "mastika" tv! Hatoi.. Sudahnya, gua tunggu sampai berita sukan saja. Ok, tang bahagian sukan je gua rasa maintain dari jaman dulu sampai jaman sekarang. Tahniah! Mutu berita sukan anda sahaja yang saya boleh terima. Yang lain, sorry to say, hanchuss! Pastu gua dah tutup tv and sambung kemas dapur. Seriously annoying!

Gua agak kecewa sebenarnya. Tiba-tiba malam ni gua nak mengulas pasal mutu berita. Duluu, zaman dulu-dulu, gua rasa much more better mutu berita di Malaysia ni. Memang isi yang padat dan tepat juga kia boleh tau latest news yang berlaku di negara sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya? Erm, fikir-fikirkan.. :)

Yang mengulas,
Zana

No comments:

Post a Comment