Nuffnang Ads

03 March, 2013

kisah godzilla lagi: shopping kain plak..hoho

Salam,

Haaa.. kemain lu kan Zana.. semua nak godzilla jer... woiii... sesuka-suki gua la nak letak title apa. haha. kali ni gua nak cerita pasal kami (of coz me and Zaza) ke Jakel Jalan Tunku Abdul Rahman. Motif?? Ohhooooiii… of coz laaa nak beli kain. Untuk raya? Haa.. sekali laa.. untuk raya dan kerja maa..

Operasi bermula seawal 12 tengah hari. Awal laa sangat. Kesesakan di jalan TAR tu toksah citer laa. Memang sesak wooohhh. Fening lalat dibuatnya. Lu bayangkan je la. Tengah hari panas beb. Apa patut gua lakukan di tengah hari buta selain menikmati kehidupan gua di dalam bilik dan menonton Adam dan Hawa… tapi semuanya tak terancang. Gua gigihkan gak ke jalan TAR. Padahal hanya nak menemani Zaza. Last-last 2 pasang gua hangkut. Hoho. Teman laa sangattt. Hasutan lu memang berkesan wahai Puan Zaza. : p
Pencarian mencari kain baju melayu untuk sang suami.. eh, bukan suami gua. suami Zaza. Turun naik, turun naik, keputusan tak dibuat lagi. Hehe. Apa lagi. Meh ke tingkat 2 Jakel plak, survey langsir katanya. Dan, tadaaaaa. Survey laa sangat. Sekali terus tempah. Kellasss ko Maria. Ketemu gak akhirnya. Gua pun berkenan, meletops sangat kaler tu. Tiba-tiba nak verangan gak kan. Kalau rumah sendiri gigih la nak berangan. Duk umah sewa, simpan je la niat gua tu dulu sampai dapat rumah sendiri. Someday Zana.. Someday…

Almost 2 hours gak la berada di level langsir. Tapi seronok sebab servis OK. Sempat bercerita panjang pasal isu-isu semasa. Ok, semasa laaa sangat. Gossip time bebeh. Banyak mau diceritakan woooh. Selesai buat payment dan isi borang cabutan bertuah (lucky draw dapat S3 woohh..kalau rezeki baby tu, insyaAllah dapat S3 nanti..amin). Dengan pantas dan tangkas ke G floor plak mencari dan menyudahkan urusan membeli kain untuk sang suami. Eh.. eh.. kaki tiba-tiba stop kat kawasan kain untuk wanita plak. Murah beb. Sepasang RM27, and corak kelass. And semestinya mencari kain murah yang nampak mahal. Hehehe. Konon-konon gua nak sepasang jer, last-last grab dua sebab nak gak emerald green. So, dapat satu kaler kuning and satu lagi emerald green. Thanks bebeh pilihkan kain ijau tu. Caaannnntikkk, sampai sekarang sukaaa. Zaza plak in the end dapat kaler oren, walaupun dia nak ijau tapi ijau tu kan corak dia tak sesuai buat jubah sepertimana yang lu kehendaki? Ehehehe..

Cukup dua pasang, dengan tangkas melompat ke arah bahagian kain untuk baju melayu plak. Beli dua pasang untuk sang suami.. ehem.. diulangi.. suami Zaza, bukan gua. hoho. Settle semuanya, bergegas balik sebab dah pukul 4. Nak balik cepat sebab suami Zaza balik kerja 4.30pm. kang nak hantar gua plak, lagi lambat kan. Dalam pada nak cepat, sempat singgah beli buah-buahan dan kuih-muih. Sedappppp. Nanti kalau ke jalan TAR akan singgah kedai kuih tu lagi. Adei, susah nak dapat wadey (betol ke tidak eja ni, malas nak google) yang superb macam tu. :p

Ok dah, gua sampai rumah jam 4.40pm. sebab? Jammed lew. Itu jer cerita. Tak tau nak end kan cemana. Pepandai la korang baca dan fahami sendiri. K bye.

Yang Benar,
Zana

No comments:

Post a Comment