Ok, sambungan dari
PART 1.
Gua bangun awal gak.
9.30am dah kena bangun sebab hari ahad tu adalah last class untuk insurans gua
tu. Kena gak bangun. Semangat sangat! Memang dalam hati berdoa dah kelas tu
habis awal, so gua boleh balik dan tidur. Mamai-mamai jalan ke bilik air dan
mandi. Sejukkkk. Walaupun dah 9.30am. Zasss je gua bersiap dan terus
memecut ke Damansara Intan. Sampai je, dah nampak Amdi sampai awal. Yang lain-lain
tak sampai lagi. Ingatkan gua last. Hahaha. Sembang-sembang dengan Amdi barulah
yang lain sampai. 10.50am baru class mula.
Dengan puasa, dengan letih, dengan mengantuk, dan input yang
diberi kat otak gua ni, tak larat gila rasa. Class berakhir 2.00pm. Nak
menangis je rasa sebab gua memang betul-betul letih. Terus gua balik dan
ketiduran sebab sebelah petang ada janji dengan GR plak nak berbuka sama-sama.
Dah set jam 4.45pm, gua terjaga, and sedikit lega. Dapat power
nap katanya. Huhu. Terus mandi lagi, kesejukan lagi sekali. Hoi! Petang pun
kesejukan. Something wrong somewhere ni. Hehehe. Anyhoo, 5.20pm dah memecut ke
SS15 Subang Jaya. Cadangnya gua nak ikut Jalan Duta dan keluar ikut airport
Subang tu. Kejap je kalau ikut situ. Sebab janjinya 6 pm. Sekali baru 5 minit
masuk highway dah jammed tak bergerak. Rupa-rupanya ada accident antara Subang
and Shah Alam. Gua patah masuk ikut Kota Damansara plak. Jammed jugak, but
still bergerak. Kat Kota Damansara tu jammed sebab ada MRT construction tu. Keluar
ikut LDP baru boleh memecut. 7pm baru gua sampai. Phew..
Naik kereta si GR ni, dan gua teringin nasi lemak kat USJ tu,
Warisan Sambal Opah. Dulu selalu ke spa sebelah kedai ni dengan si Zaza. Tu yang
tau kedai ni sedap. Sampai-sampai je dah time berbuka. Tak amek banyak pun, 3
bungkus nasi lemak, lauk sambal sotong, paru goreng bersambal, dan kentang
masak gula (sebab manis ya hampunn).
GR makan sebungkus je, gua bedal dua. Hahaha. Since gua lambat, then it’s my
treat la kononnya. Tak banyak pun, RM16, tapi untuk nasi lemak adalah mahal
gila. Layannn je.
Melepak dengan si GR sampai 10 malam, gua dah tak larat. GR
hantar gua kat kereta gua yang gua tinggalkan di SS15. Terus pecut balik ikut
KESAS. Jammed sikit je kat Cheras yang nak masuk Taman Connaught. 11.00pm gua
dah sampai rumah dah. Ohoiii, penat tak hengat! But at least time terisi. Mandi-mandi
dan gua terus tidur. Hehehe. Sahur pun bangun minum Yakult je.
So itu je lah aktiviti weekend lepas. Weekend ni? Mungkin tak
se’busy’ yang lepas. Haha. Nanti gua
ceritakan. Ada projek minggu ni. Tungguuuu.
Xoxo,
Zana
No comments:
Post a Comment