Nuffnang Ads

11 February, 2014

Yakult & Me

Salam,

Rajin sangat gua nak share testimonial ni kan. Tapi, rasanya tak salah kalau benda baik dikongsi bersama, betul tak? Kenapa Yakult dan bukannya Vitagen ataupun minuman yogurt yang lain? Haha. Terpulang pada badan masing-masing. Gua suka nak kasi testimoni Yakult sebab gua merupakan 1 happy customer untuk Yakult. And then, Yakult paling sesuai dengan gua. Tapi kalau korang sesuai dengan jenama lain, silakan. Tiada kecil hati dari pihak gua. ;)

Sebenarnya gua dah mula mengamalkan minum Yakult ni setiap malam sebelum tidur. Why sebelum tidur? Sebabnya, gua nak bakteria tu bekerja di masa gua tidak mengambil sebarang makanan, yakni masa tidur gua. Siapa cakap? Gua cakap. Terpulang nak percaya ke tidak. Tapi, gua selidik sendiri je. Kalau info ini sama dengan mana-mana testimoni ke apa ke, ianya adalah kebetulan sahaja.

Nak dijadikan cerita, gua ni memang mempunyai masalah sembelit. Terus-terang je gua cakap ni. Masalah ni dah berlaku beberapa tahun lamanya sampai gua di tahap redhooo. Kalau gua masuk ke bilik air jer, confirm mengambil masa lama sebab nak meneran. Keras siot, sakit vuntut titew. Dah, lu tak payah nak bayangkan sangat. Gua yang menaip ni pun dah geli geleman. Tapi, fahamkan? Hikhikhik.

Gua dah mengamalkan minum Yakult ni sejak 3 bulan yang lepas. Hasilnya, alhamdulillah. Memang confirm lawas setiap hari. Tak payah nak menunggu lama atas toilet bowl tu meneran bagai. Keceburrrr jer dia keluar. Hahaha. Kepala pun dah kurang pening-pening lalat. Kalau sebelum ni, gua kerap gak rasa pening macam nak pitam, mungkin disebabkan toksin yang terlalu tinggi. But now, ada sedikit kelegaan. Badan rasa a bit ringan walaupun tetaplah maintain besarnya begitu. Gua ada gak rasa nak amalkan 7 days natural detox. Kena pilih masa yang sesuai. Sebab badan kita memang patut di'detox'kan sekurang-kurangnya dalam setahun lu kena buat.

Gambar ihsan Google.
Nanti bila gua dah memulakan sesi detox gua share eh. Itupun entah bila. But korang, kalau ada masalah sembelit, trylah Yakult. Memang sangat-sangat membantu bagi yang mengalami masalah sembelit macam gua. Sebotol sehari pun dah cukup walaupun ada yang cakap maximum boleh amek 2 botol. Tapi macam rugi jer. Sebab badan gua yang besar ni pun cuma perlukan sebotol sehari, dah cukup. Ingat yer, ini bukan minuman untuk menghilangkan haus ke apa sebab bakteria yang terkandung di setiap botol Yakult memang banyak membantu. Sebelum, minum, sila goncang perlahan-lahan. Jangan kuat sangat. Kang tak pasal-pasal mati bakteria tu.

Owh, cukuplah setakat ini dulu entri pasal Yakult dari gua. Semoga entri kali ini memberi manfaat pada semua.

xoxo,
Zana

No comments:

Post a Comment