Salam,
Hoitttt… lama nak menyambung entri ni kan. Busy dengan
kehidupan duniawi, well.. macam ni laa. Dok menangguh-nangguh di air yang
keruh. Fulamakkk. Tiba-tiba keluar pepatah.
Well, moh ler kita sambung entri Indonesia trip. :p
Day 2 – seawal jam 7 pagi (waktu Indonesia) gua dah bangun,
mandi dan bersiap-siap. Yelah, hari kedua semangat memang membara nak berjalan
di tempat orang ni. 7.50am dah terpacak ke café hotel nak claim breakfast free.
Huhu. Makanan not bad. Ada nasi putih, ayam goreng, and sayur apa entah, gua
tak ingat. Kehkehkeh. Yang gua tau, breakfast masa tu super sedap sebab gua
memang tengah kelaparan yang amat. Dan seharusnya perut diisi kenyang-kenyang. Ye
lah, kata nak berjimat so kasi full itu tank supaya boleh bertahan sampai ke
petang. So belanja untuk makan di luar boleh lah kurang. :p
|
Meriah mak ngah. Breakfast gua. hehehe |
Supir yang pada mulanya kami telah deal pada sebelah malam iaitu
Pak Iwan adalah mengecewakan. Janjinya jam 8 pagi, tapi sampai ke 8.30am, tiada
panggilan telefon. Gua dah mula hanginn. Gua call, off plak phone. Damn! Gua amek
keputusan nak call balik supir yang hantar kitorang ke hotel pagi sebelumnya. On
the spot, si Doni (supir semalam tu) datang rescue. Setibanya Doni ke hotel,
gua dan Kak Boom terus deal nak ke Kawah Putih, dengan bayaran 450,000 rupiah
untuk seharian punya trip. Sepanjang perjalanan, hujan lebat dan agak
merisaukan, dengan jalan berliku-liku, segala onak duri ku ranjaui, ahhh…apakah
ranjaui wei??? Ok, sambung. Sampai di Kawah Putih, gua dan Kak Boom terus
membeli baju hujan paling murah. Murah-murah pun kena hentak 35,000 rupiah
seorang. Lebih RM10 hokayyy, untuk baju hujan yang kalau harga kat Mydin Cuma RM1
kot. T____T. ahh, takpe, demi Kawah Putih, gua gagahi jugak sebab sangat teruja
tatkala menatap gambar-gambar bloggers lain yang dah sampai. Gua was in Kawah
Putih too!!! :p But too bad, cuaca masa tu memang hujan lebat, so tak nampak
apa-apa. Bau sulphur yang kuat agak menyesakkan dada. Gigih gua dan Kak Boom
mengambil gambar sebanyak mungkin walaupun view adalah mengecewakan di musim
hujan, tapi kena gak gigih. Bukti weh! Hahaha. Pengungjung Kawah Putih ini juga
agak ramai pada masa kitorang sampai. Oh ya, nak naik ke Kawah Putih ni, kena
naik Ontang-Anting. Ada bayaran lain juga yer kawan-kawan. But, trust me. Sesiapa
yang ke Bandung, sila lah ke Kawah Putih. Sejujurnya, gua akan ke sana lagi dan
akan gua pastikan cuaca adalah baik semasa ketibaan gua ke Kawah Putih nanti.
|
Dah sampai pun. Wisata Kawah Putih~ |
|
Pilih-pilih arah yang betul. |
|
Check price here. Untuk yang nak naik ontang-anting. |
|
Pengawal. kot? |
|
Kaunter tiket. |
|
Haaa... inilah ontang-anting tu. Huhu. Laju gilaa okay! |
|
Dari sini panjat sendiri. Hehe. Tak tinggi sangat tapi buat orang macam gua yang tak fit, mengah gak la.. :p |
|
Pengunjung lain. Hehehe |
|
Kalau cuaca cerah lagi santek tauuuu.... |
Selesai semuanya, gua menyusulkan kepada Doni yang gua nak
balik bertukar baju di hotel terlebih dahulu. Pejalanan 2 jam dari menuruni
bukit dari Kawah Putih membuatkan gua dan Kak Boom terlena seketika. Dibuatnya
si Doni ni ada niat jahat, confirm kena jual, tapi Alhamdulillah, dapat budak
sebaik Doni ni, pun dah syukur. Ketahanan
nasi yang gua sangkakakn gua dah makan banyak pada sebelah pagi hanya bertahan
sehingga 5 petang. Tenaga dah banyak pakai dah woi. Kak Boom dah survey tempat
makan dan kami ke Sangkuriang Resto. Haa, masa ni wife si Doni baru pulang dari
kerja dan join sekali makan di Sangkuriang Resto ni. Suasana agak tenang sebab
baru pukul 5.30pm kot. So tak ramai lagi pengunjung berada di situ.
|
Moh makan moh. Lunch + Dinner |
|
Menarik kan?? I loike! |
|
Ikan Gurame bakar. Soooo sedappp!~ |
|
Tak ingat nama dia tapi ni daging. Hehe |
|
Hoi, tempe laa!!! |
Selesai menghappykan perut masing-masing, kami ke Factory
Outlet yang sememangnya berlambak di Jalan Dago. Pilihan kami adalah Grenade
F.O. tapi gua sekadar mencuci mata sebab memang tiada niat untuk bershopping
untuk trip kali ni. Kemudian, ke Kartika Sari di mana brownies adalah wajib
dibeli dan dibawa pulang. Hoho. Lebih 300,000 rupiah juga gua berhabis di sini.
Semuanya semata-mata membeli buah tangan untuk kesayangan-kesayangan gua. Gua
dan Kak Boom masing-masing membawa sekotak besar seorang untuk dibawa pulang. Walaupun
baru hari kedua kami di bumi Bandung ini, tapi brownies ni memang tahan, so tak
payah risau takut rosak.
Hari dah mula menggelap dan kami meminta Doni menghantar
kami ke Cihampelas Walk lagi. Kali ni gua sekadar hendak berjalan-jalan sambil
membeli barangan di Guardian kerana perbezaan harga Guardian di sana adalah
sangat ketara. Bayangkan gua membeli Ellips Hair Vitamin sebotol besar, ada 50
biji dalam botol tu, hanya RM12!! Murah kan? Walhal di sini untuk 6 biji je dah
RM4 lebih. So, berhabisan tak berhabisan sangatlah di sana. Sekadar membeli apa
yang gua hajati. Deodoran spray Rexona pun RM4 juga di sana. Di sini? Tetttttt.
RM10 gak kot. Mungkin tenaga kerja di sana adalah murah so barang-barangnya
adalah terlampau murah, itu adalah penafsiran daripada gua. Hikhik!
Gua dan Kak Boom memang kehausan dalam bab-bab hiburan. Jadi,
live band di TSD Bistro di Ciwalk adalah pilihan kami. Memang terbaik.
Anak-anak muda yang ganteng, memang menjadi hidangan mata pada kami malam itu. Waaahhh,
ayat tak boleh blah! Tapi gua sangat mengagumi bakat-bakat anak muda ini. Go
Bandung Go!!! Asyikkk dengan penghayatan
lagu dari mereka.
|
Belah kiri tu Hot Choc gua punya, belah kanan tak tau apa nama. Tak ingat. Hehe. |
|
Ganteng-ganteng hokay. Yang menyanyi tu pengunjung macam gua gak tapi dijemput menyanyi tapi sekali dia tarik, fulamakkkk!!! Saya undi anda!! |
Malam itu memang menyeronokkan bagi kami. Pulang ke hotel
dengan seribu kepuasan. :)~ Tunggu sambungan hari ke tiga nanti yea. Ontah la bilaaaa... Gua try habiskan secepat mungkin. Uhuk. Dah demam ni. K bye!
I Love You in Bandung,
Zana
No comments:
Post a Comment