Nuffnang Ads

Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

14 January, 2016

2016 - azam?

Assalamualaikum korang,

diam tak diam aku rasa ada gak yang menjengah-jengah blog usang aku ni. Lama gila aku tak update, baru perasan aku last update bulan May 2015. Whew. Sebenarnya banyak jer aku nak abadikan dalam blog aku ni, tapi kekangan masa semua ada. Cita-cita aku nak berazam tahun ni nak tulis lebih banyak lagi cerita-ceriti-ceritu, suka dan duka biar aku sendiri boleh baca bila dah tua nanti, or perhaps, anak cucu aku maybe?

Azam lain? Aku nak kurus. Krik krik krik.

Selain itu? Nak travel lebih jauh lagi tahun ni. insyaAllah. Perancangan dah ada, cumanya aku tunggu-tunggu hari. Itinerary tak siap sepenuhnya. Ahh, tu semua lama lagi.

Lagi azam? Nak lebih positif tahun ni.

Seterusnya? Nak menabung lagi banyak untuk kegunaan masa depan.

OMG! Aku senaraikan tak tertulis panjangnya apa yang aku nak tahun ni.

And yea, Alhamdulillah, 2015 was a very good year for me. Aku dah sampai salah satu tempat idaman, Mount Bromo. Panjat almost 3000m nak reach the top of Ijen Crater too. Dapat tengok bluefire yang khabarnya hanya terdapat di 2 tempat je kat dunia ni. Been to Krabi & Phuket too. Alamak, biasa-biasa sangat tempat aku pergi ni, but trust me, semua aku gigih plan. Tak dapat aku jenis nak pergi, terus beli. Aku is tak mampu. Dapat arranged family trip last year ke Legoland, walaupun semua tak dapat join, tapi most of us were there, too.

And yes, cerita dengan MK dah over. Aku rasa memang takda perasaan la memasing dah. So, lupakan je lah. Tak nak salahkan sesiapa. Memang kami tak berjodoh. Aku rasa last contact dengan MK was 16th May 2015, and up to now aku tak tau apa cerita dia, and vice versa. Semoga kau bahagia di mana saja kau berada wahai ex-boipren.

Orang baru? Malulah nak cerita. Baru sangat lagi nak cerita. Tapi, tahun ni nak tambah azam nak kawen, pls? doakan aku eyh.

Semoga tahun ni bawa lebih kebaikan pada kita semua. Amin ya rabbal alamin.

Doa baik-baik, so dapat yang baik-baik uols. Ok, ayat ni aku tiru Hanis Zalikha. Tapi, betul kan?

Love,

Zana

04 February, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam,

SELAMAT TAHUN BARUUU!!!!! Walaupun dah lambatttt, tapi nak jugak wish sebab takda update dan tak wish lagi kan???? woahh. Tak boleh?! Ok, Selamat tahun baru cina. Gong xi fa cai! Dah tak lama kan?

Di tahun baru cina ni, rasanya dah tak relevan untuk gunakan bahasa “gua dan “lu” sebagai pengganti diri. Well, faktor usia sebenarnya. So, marilah menggunakan “aku” sebagai pengganti diri dan rasanya lebih mudah kalau menggunakan word aku berbanding gua. Uhuk uhuk. Tak gitchew??

Azam tahun lepas, seperti tahun yang lepas-lepas, sama je, akan dicarryforward ke tahun ni. Takde berazam apa pun sebenarnya. Apa yang boleh tercapai, akan gua cuba untuk capai. Nak perbaiki diri to be a better person, inshaAllah.

2014 memang terlalu banyak perkara yang berlaku yang banyak juga menyentuh emosi keperempuanan aku ni. Tak perlu mention di sini, cukuplah sekadar aku jer yang tau. Ada benda yang aku boleh ceritakan, dan ada benda aku rasa tak perlu. Biarlah aku simpan sendiri jer. Buat kenangan dan pengajaran pada diri sendiri.

Mungkin itu jugalah jadi penyebab kenapa aku tak update blog ni seperti sepatutnya. Hahaha.

OKlah, dah takda ilham nak menulis. Nanti aku rajin, aku update apa-apa yang patut.

Love,
Zana





31 December, 2012

Goodbye 2012, welcome 2013

Salam,

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2012. Cepat je masa berlalu gua rasakan. Dan sudah di ambang 2013 yang mana kita sendiri tidak mengetahui apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Banyak perkara yang berlaku pada gua pada tahun 2012, serba-sedikit ada gua kongsikan dengan korang. Yer laa, gua kan pernah cakap, there are certain things that I like to keep it to myself, as some things are better remain unknown. Gilo apo semua lu nak gua kongsikan? Haha… tapi manalah tau kot-kot tahun 2013 ni akan mengubah segalanya kan?

So, apa azam korang pada 2013 ni? Chup! 2012 punya azam dah tertunai ke belum? Kehkehkeh… azam gua 2012 ada di antaranya sudah terlaksana. Travel almost every month, semuanya bajet ciput-ciput jer. Tapi, gua managed to travel gak tau and yang penting, gua had fun!! Selain tu, azam gua nak tukar keja baru, Alhamdulillah, terlaksana dan gua suka apa yang gua buat sekarang. Bukan bermakna gua tak suka apa yang gua buat sebelum ni, tapi kali ni lebih mencabar diri sendiri, dan I’m loving it! Terima kasih atas peluang ini. Ececeh!~

Azam 2013 untuk seorang yang bernama Zana, di antaranya, NAK KURUS… hahaha… gile setiap tahun azam yang sama tapi tak tercapai, apo cito??? Takpa, gua carry forward ke tahun 2013 ni. Pastu, nak jadi MUSLIMAH yang sentiasa ingat kepada Pencipta, dan mendekatkan diri dengan agama. Ya, gua bukan hambaNya yang baik. Gua nak perbaiki diri ke arah kebaikan baik di dunia mahupun di akhirat. Lagi, gua nak menjadi ANAK YANG BAIK dan berbakti kepada mak dan bapak gua (especially) dan family gua. Gua akan cuba buat yang terbaik untuk mereka. Pastu, gua nak mula MENYIMPAN DUIT. Ini memang tahap gaban tak pernah berjaya nak menyimpan. So, gua nak mulakan tahun depan ni la kiranya. Ye ke? Eh eh… ye laaa… jangan pandang gua sebelah mata hokay. Ada banyak lagi azam dalam list gua sebenarnya, so gua nak simpan untuk diri gua sendiri jer laa. Tak semua gua nak kongsikan di sini, ye dok?

So 2012 - a great year. Banyak mengajar gua erti kehidupan, persahabatan dan kekeluargaan. Sukar untuk digambarkan. Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah atas segala anugerah dan rezekiMu. Syukur sangat-sangat masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Allah.

And 2013 – please be good to me ya?

Goodbye 2012, welcome 2013~

Hugs & Kisses,
Zana