Salam,
Sesuatu sangat title entri ni. Oh well, gua dah start masuk
kelas gitar, dah lepas 4 kelas and Alhamdulillah, bolehlah sikit main dari dulu
tangan dan jejari serba keras dan serba tak kena masa memetik gitar. Owh, I just
love guitar. Entah sampai bila suka. Gua start kelas ni dalam bulan 1
sebenarnya tapi memandangkan banyak benor aktiviti so slalu la tukar-tukar and
cancel. Tu yang dalam masa 2 bulan, baru habis 4 kelas. And, kelas gua setiap
khamis sebenarnya. Bayaran, RM100 sebulan. Kelas ni gua pergi sekali dengan
Dila.
Dari zaman sekolah lagi gua memang nak sangat pandai bermain
gitar. Masa tu zaman susah, jadi gua takdalah demand cakap nak masuk kelas
muzik kat bapak gua. takuttt and tak sampai hati. Cuma yang boleh gua buat
adalah berangan bermain gitar menggunakan raket badminton tatkala mendengar
dendangan lagu dari band favourite gua. Haha… sedeeehhh! Selain tu, gua bertuah
mempunyai kawan-kawan sekolah yang kaki jamming. Jadi, adalah few times gua
follow bila diorang pergi jamming. Zaman tu, gua sangat suka dengan lagu Oasis –
Don’t Look Back In Anger (even sekarang
pun gua still tak bosan dengar lagu ni). Part paling terharu, masa gua tak
boleh joined jamming session, diorang akan ingat gua. hahaha. “Ok, main lagu
Zana plak.” Auwwww, bila diorang cerita balik part tu, eh eh terharu lak rasa. Suka
gua nak over-over sebab tau gua adalah kesayangan. Hahaha. Gua sorang perempuan yang join jamming dan lainnya semua lelaki. Tak kisah. Sebab mentaliti kami di zaman itu tidak
seperti budak sekolah zaman sekarang yang serba menakutkan knowledge in sex diorang. You know and I know lah kan. Lagipun bapak
gua tau gua pergi jamming bersama lelaki-lelaki ini. Mula-mula jadi penonton
je, lama-kelamaan gua disuruh menyanyi. Ya hampunnn, masa tu dah lah gua pergi
karaoke pun tak. Paling hebat pun menyanyi kuat-kuat dalm jamban. Menggeletar bibir
nak menyanyi. Hahaha. Tapi gua kan gigih, feeling-feeling diri ni adalah Avril
Lavigne, tak pun Gwen Stefani, so menyanyilah jugak walaupun hancur.
Eh, panjang plak cerita lain. Tadi nak cerita pasal cikgu
gitar kan. Gua belajar gitar dengan Noah, salah seorang ahli band Indie Mice. Gua
pun tak pernah tau Indie Mice sebelum ni tapi
dah mengenali cikgu gitar ni, then adalah layan few lagu dari Indie
Mice. Best jugak, since Malaysians kan suka lagu-lagu dari Indonesia. So, taraf
muzik mereka adalah seangkatan. Senang telinga untuk menerima.
Gua punya minat untuk pandai bermain muzik adalah sungguh
deep. Gitar adalah favourite. Tapi, kalau ada minat yang deep gila, tapi bakat
tiada, cemana? Berbanding orang yang ada bakat, tapi minat kurang. Memang gua
sangatlah panas bontot dan tak keruan. Eh korang tau tak, gua hari-hari practice 4 chord
basic dengan strumming. Beginner seperti gua yang takda basic pasal gitar,
tangan terketar-ketar nak tukar chord. Haha. Tapi slowly by now, bolehlah
berbanding hari pertama belajar.
Tadi kan gua kata hari-hari gua practice kan, Dila yang tak
practice langsung kan, dia boleh main dengan geletar yang kurang. Noah ajar
sekali, terus dia boleh strumming exactly macam yang Noah ajar. T______________T
Gua happy untuk dia tapi sedeh untuk diri sendiri. Cemana eh
nak pandai main gitar? Memang orang kata pelan-pelan, nanti bolehlah tu. Minat Dila
pada gitar tidaklah se’deep’ gua. Dila sendiri lebih berminat pada piano
ataupun keyboard. Bak kata Noah, “ Dila, awak ada bakat tau. Jangan sia-siakan.”
Ok. Gua?
Not an ahli muzik yet,
Zana