Salam,
Haa.. banyak update nak diceritakan dalam entri kali ini.
Ekekeke, macam ada je orang nak baca, ada ke? Takde takpelah. Gua memang suka
nak menulis di kala gua ber’mood’ begini. Hikhik.
Memula sekali nak story kat korang ni, gua kena pindah
rumah. Sebabnya, owner rumah cakap nak duduk situ balik. Dan gua, redhoooo
sangat. So, zassss cari rumah lain, Alhamdulillah jumpa. Hati manyak happy.
Supposedly
gua kena chow 1 December tapi gua gigih dapat rumah awal, jadi 1st November
sudah blah. Yelaa, gua dah jumpa rumah yang okay dan kena dengan jiwa gua.
haaa, gittew! Barang-barang gua dah 80% packing. Banyak gila barang-barang yang
dibuang. Almari gua yang 4 pintu dan TV juga dah jual. Sebab? Gua dah tak gigih
nak pindah rumah lain lagi pasni and angkut barang banyak-banyak. So letgo kan
je. Alhamdulillah, memang HOT sebab dapat call bertalu-talu. Mahaplaaa, dah
sold out. Gua dah turunkan iklan dari Mudah. Hahaha. Tengs Mudah sebab mudahkan
kerja gua.
Last week, kakak gua satu family datang. Bunyi macam ramai
je kan. Haha. Jangan tertipu. Kakak gua datang dengan laki dia and anak dia je.
Gua punya sexcited excited tu sampai tahap gua amek half day dan jemput
mereka di LCCT petang tu. Plan asalnya gua jemput di KL Sentral je. Gua ajak
makan di Saba Restaurant di Cyberjaya, pekena Nasi Arab. Kesian, tak pernah
makan. Sedehhhh sangat then terus memecut ke Midvalley sebab kakak gua tu dah
tak keruan nak shopping, katanya. Tapi takda plak membeli apa-apa di situ.
Pfffttttt.. then gua ajak ke Wangsa Grill by Chef Zubir. Tengok menu, tengak
environment, tengok harga, terus rasa tak berbaloi. So ke Nasi Lemak
Antarabangsa di Kampung Baru, requested by my brother in law. Mari layankan. Gua
dah tak mampu nak makan. Laki bini ni berselera je makan. So gua layan kelapa
laici. Daaaapppp… gambar? Tiada. Sebab henfon gua battery kong. Around 12am,
gua hantar mereka ke rumah abang gua di Gombak dan gua pecut balik rumah. Berlengas
je rasa sebab tak mandi kan.
Keesokannya.. Haha. Ayat macam buat karangan Bahasa Melayu
sangat.. ok sambung.. Keesokannya, seawal 6 pagi gua keluar dari rumah ke
Gombak. Jemput mereka-mereka ini sekali dengan anak buah gua si Adam. Jom ke
Penang. All the way from KL to Penang, gua drive. Terasa kegagahan gua drive.
Motif tak kasi abang ipar drive? Sebab dah di Penang, gua nak serahkan tugas
kat dia. Gua tak sanggup drive di Penang dengan jammed menggila lagi, sesat nak
cari jalan lagi. So biarlah gua yang menjaga GPS dan kasi arahan. Gua tak boleh
terima arahan. Kang arahan salah kasi, gua salah masuk jalan, nanti bisa jadi
naga. Tapi kalau gua salah bagi arahan, haaa, yang tu takpe… kehkehkeh.
Sampai Penang, tukar driver jap, terus ke Nasi Kandar Line
Clear. Gila lengang. Padahal masa tu dah 12 tengah hari lebih kot. Haha. Rupa-rupanya
hari jumaat, patutlah lengang. Jeling abang ipar gua, takpe, musafir. Hehehe. Terus
check in di Chulia Heritage hotel. Takdelah jauh sangat dari Nasi Kandar Line
Clear tu. Hotel tu so-so je lah. Around 3 pm, dah keluar semula. Kononnya nak
ke Bukit Bendera tapi misi adalah gagal. Sebab sesat dan GPS tidak membantu. Huh!!!
Tukar plan, ke Padang Kota Lama nak makan Mi Goreng Sotong Hameed. Memang terbaikkk!
Tapi tempat adalah sedikit kotor. Coconut shake di kedai sebelahnya adalah
sooooooooooo sedaaaappppppp! Recommended.
Dari situ plan nak ke Hard Rock Café Penang. Last time masa
gua ke Penang bersama MK tu kan gua tak pegi HRC ni sebab MK taknak bawak. Kenapa
entah. Huh. So sampai ke HRC adalah sakai untuk gua. Di situ adalah tidak
keruan. Sambar sahajalah sehelai HRC t-shirt untuk SIG U2 punya. Hakhakhak. I am
a proud customer. Layanan dari staff HRC Penang adalah 5 bintang gua kasi. Dari
HRC, singgah Paragorn Mall. Nampak kedai Victoria Secret dan beli sebotol perfume.
Why laaa susah nak tahan nafsu untuk membeli ni. Haizzz. Pusing-pusing nampak
kedai Michael Kors. Nampak macam menarik. So gua masuklah dengan kakak gua.
Layanan adalah -5. Negative okayyyy, negative gua kasi! Huh! Lu bayangkan, gua
masuk situ semua staff buat muka. I mean like, why??? Nampak apa? Nampak macam
tak mampu ke? siap sekor-sekor peratikan gua dan kakak gua from head to toe. Lain
pulak yang mengekor kitorang tu muka mencuka. Ek eleh. Hilang mood gua, terus keluar.
Haha. Konon hilang mood kan. Tapi tu la typical mentality Malaysian ni. Kang orang
luar masuk, ko layan macam raja yang nak membeli. Adoilaa, ubahlah attitude tu.
Don’t judge a book by its cover!! So, dari gua sendiri, gua banned Michael Kors
Paragorn Mall Penang. Titik.
Malam tu gua keletihan gila, jalan jauh katakan. Tak lalu
dah nak makan berkari-karian di malam hari. Tapau dominos saje dan pulang ke
hotel. Makan, mandi, dan zassss tido. Dah tak mampu menahan mata. *kantoi tak jaga makan di penang*
Esoknya, siap-siap dan check out jam 10 pagi terus ke area Chowrasta, membeli
souvenir. Banyak gila kakak gua memborong. Gua temankan je sambil membeli jeruk
mangga kiriman officemate gua. bergerak dari Penang ke ibu kota sekitar 12
tengah hari. Haha. Bahasa jiwa bangsa sangat ayat ni.
4.30pm sampailah di KL. Hantar Adam balik Gombak dan gua
hantar kakak gua check in di area Bukit Bintang. After maghrib, gua temankan
mereka ke KLCC. Plan nak makan di Chilis tapi ramai sangat yang queue so tak
sanggup. Marilah kita berjalan-jalan sahaja. Sekejap je pun pusing KLCC then
gua hantar balik sebab pelancong dah keletihan. Huhu. Gua pecut balik rumah
sebab ada janji dengan orang yang nak datang collect almari jam 11 malam. Tidur
lena gua malam itu. Tapi still tak cukup sebab esok jam 9.30 kena ada di BB
dah. Haha. Gua bawak kakak gua ke Kenanga Wholesale City. Hamek ko. Rambang mata
okayyy. Gua rasa baju untuk anak dia je lebih 10 helai. Untuk mak, mak mertua
dan juga pengasuh anak dia tak ketinggalan. Untuk diri sendiri, adik-adik ipar,
anak buah. Gua cuma mampu gelakkan je kerambangan mata mereka.
As along the way from KL to Penang to KL, most of the
expenses untuk makan ke, beli air minuman ke, semua diorang yang bayarkan,
termasuk minyak kereta dan hotel. Gua macam tak sedap hati, so gua ingat nak
treat them someplace nice to eat. And then, as recommended by Hanis Zalikha,
gua zasss ke Publika. Moh kita ke Picknik. Memang hamagaddddddd sedappp gila. Gua
order sirloin steak, lembut sangat dan the gravy memang awesome! Seriously recommended
I tell you. So, you better go. Kakak gua order grilled chicken and chips yang
portion besar gilaaa dan sedappp tak terkata. Abang ipar gua order Fish Pie
yang juga portion besar dan tak habis. Hahaha. Tak habis sebab dia melampau
banyak okay. As of dessert, of coz gua amek Pavlova yang memang super love. Pendek
kata, semuanya gua suka di Picknik dan surely gua akan datang semula. Layanan?
4.5 bintang.
Journey shopping tak habis di situ, gua bawak pulak ke Ikea.
Konon nak tengok-tengok dan beli sikit-sikit kan, sekali memborong tak hengat. Siap
dengan pakej susah hati takut tak muat dan kena tinggalkan barang. Muahahaha. Tu
laa, lainkali beli baggage besar sket. Luckily, muat jer. Cuma masa datang KL
bawak satu beg besar. Time balik, ada tambahan. Yang tu, biasakkklaaa.. wuwuwu…
balik dari Ikea, ke Shah Alam nak jumpa adik gua plak. Lepak I-City tapi
disebabkan hujan so memang tak berapa nak syok. Around 9pm, gerak hantar adik
gua balik dan kami memecut ke KL.
Part ending yang tak berapa nak best. Patutnya gua yang nak
hantar diorang ke airport. Tapi gua kena attend training plak. Dah la
compulsory. Gua cancel cuti on Isnin tu and pergi training. Kakak gua satu
family gua tinggalkan di hotel area Brickfield. Senang sket diorang nak balik. Mudah
sebab boleh naik bas ke LCCT dari KL Sentral. Eh, jangan salah faham. Abang gua
takda di KL yer sebab tu tak boleh nak hantar. Sedih je rasa masa nak
tinggalkan mereka. Dari khamis kot gua lepak dengan diorang sampai ahad. Huhu. Excited
lain macam bila family datang KL dan luangkan masa bersama-sama. So begitulah
ceritanya, short vacation dengan kakak gua.
K bye.
Nukilanku (pffffffffttttttttttt),
Zana