Nuffnang Ads

25 June, 2014

Johnny Rocket

Salam,

Kejadian adalah berlaku last Friday. Haha. When it comes to food, gua adalah yang terpaling excited. Ni first trial, not bad makanan dia. Sebelum ni dok dengar-dengar je kawan-kawan pergi makan sana. Hahaha. Ini tak boleh jadi! Harus gua cari time dan asingkan budget sikit.


Gua pergi branch dekat Avenue K, pergi masa lunch hour. Tempat adalah chill dan cantik. Gua suka. Waiter and waitress rasanya dari Filipina. Tak kisahlah. Service adalah superb. Pastu setiap sejam diorang akan menari depan customer. Seronok tengok.

Hiasan atas meja.

Menu

Susun atur menarik. Depan sana lah depa dok menari. Masa ni belum lagi.



Gua amek The Original. Kak Riza amek #12. Beza? cuma ada cheese.

Harga Milkshake.

Gua punya. The original

#12. Kak Riza punya

Mine. Hehehe

Boom Boom punya. Banana Milkshake. GILA SEDAP. Sila pesan ini, PELISSS!

Boom Boom punya. Fries with cheese and bacon. Sedapppp.

TOTAL DAMAGE! Hahaha. sekali sekala xpe kannn..... *usap perut*
Pemalas kan nak taip. Hahaha. Lantakkk. Sedapnya milkshake banana tu. Urmm.. Urmm... Dappp! Daapppp sangat!

Food Hunter,
Zana

24 June, 2014

“Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya!”

Salam,

Sekarang kecoh pasal adik OKU, Mohd Firdaus yang dijumpai dalam sebuah rumah di Nilai. Kesian, itu ayat pertama keluar dari mulut gua. Sumpah kesian sangat kat adik tu. Kurusnya ya Allah. Gua ni yang hari-hari terlebih makan, sometimes ada juga buat pembaziran tak habis makan, or kadang-kadang tak sedap, tak nak makan. Insaf jap. Gua tau bukan gua je. Korang pun macam tu kan? Eleh, sesuci embun pagi sangat nak menidakkan dalam hati. Huhuhu. Kalau tak ngaku pun, gua mana tau, ye dok?


Berbalik kisah adik ni, gua adalah jugak baca perihal adik ni. Dari gambar dia sihat walafiat, sampai kurus macam tu. Punca dia dikurung? Entahlah. Mungkin mak dia ada alasan sendiri. Oh, ya! “Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya!”. Yes, makcik! Saya tak tahu “kesempitan” hidup makcik tapi kalau ada sedikit usaha dari makcik, mungkin Firdaus tak kurus kering macam tu. Dengan anak letak dalam bilik kotor. Kucing gua pun duduk selesa kat rumah. Taik sampai naik atas rambut, baju reput, seluar pun takda. Gua tak boleh nak imagine berapa lama adik Firdaus terkurung dan melalui kehidupan macam tu. Kesian Firdaus.


Dan dari gambar juga tidak menunjukkan kesempitan hidup mak dia. Elok je badan mak dia berisi, adik dia pun berisi, baju masing-masing elok je. Kenapa buat Firdaus macam tu? Semalam gua bzbody sket and bukak FB mak kepada adik Firdaus ni. Erm, siap ade kereta, siap main Candy Crush level dah banyak, dan yang kelakarnya mak dia dok lah share pasal orang yang dera anak kat wall dia. Hmm… agak-agak mak dia dok share pasal orang lain, dia sedar tak apa yang dia lakukan pada anak dia sendiri? Kesian Firdaus.


Haaa! Ini lagi satu bangang tahap dewa. Gua tak tau kalau ni fake account ke apa, tapi tetaplah dia ni spesis p**imak. Yang buat ayat ni pun macam haram. Sakit hati gua. Sakit mata gua baca (tapi nak gak baca). Huhu.

Dah lah, makin lama rasa makin annoy plak. Anyhoo, let’s pray for the best for adik Firdaus, okay? Gua tau lu prihatin, gua pun. :)


Xoxo,
Zana

Misi Mencari Helang

Salam,

So yes, it’s Langkawi trip again but with different faces. Hahaha. Apa gua nak cakap ni sebenarnya? Gilo. Sepatutnya trip Langkawi ni nak ke Koh Lipe macam apa yang gua cakap sebelum ni but well, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan. Agree? Disebabkan monsoon, makanya kami hanya lepak dan menghabiskan masa di Langkawi. Oh yes! 4 hari 4 malam taw.

Start gambar dengan travel gear baru.
Trip ni ktorg amek flight malam, last flight sebab sayang nak amek cuti banyak-banyak. 9.15 pm fly dan sampai Langkawi around 10pm. As usual, kereta sewa termurah dengan harga RM50 je sehari untuk Viva Auto. Menarik kan? Nak detail, sila email gua. Hahaha.

Oh ye, trip ni sepatutnya pergi berlima but end up tinggal gua, Lynn, dan Kak Boom je sebab Dila dan Eni last minute terpaksa menarik diri. Actually, takdelah last minute sangat. Dalam seminggu awal, so tak kisah lah. Jangan dah nak sampai hari pergi nak kensel2. Itu boleh menaikkan api kenagaan gua. Takpe, maybe diorang ada problem sendiri yang tak boleh nak share. Biarlah. Hahaha.


Kitorang stay 2 malam di Kuah, dan another 2 malam di Cenang. Kat Kuah stay kat Joy Motel, murah-murah jer sebab kitorang bukan nak honeymoon. RM100 per night untuk family room dan gua sangat-sangat berpuas hati dengan hotel ni. Bersih dan selesa sangat, parking pun luas. Tapi, mungkin ada yang tak selesa sebab hotel ni bersebelahan dengan tokong cina. So far, duduk dua malam di sana, nyaman je masing-masing tidur. Huehuehue.


Haha. Tiba-tiba gambar ni kan? Magic tak? Okay, kat sinilah kitorang breakfast. Dan, memang sedap as recommended by the local. Gua ni suka je cari tempat makan best-best ni. Bila lagi lah pulak nak sampai Langkawi ni lagi kan? Masa sampai tu pun ada line up yang panjang depan gua but gua menyanggup je.

Line up. Lambat gua amek gambar, sebelum tu gua ke belakang lagi.
Ni dah nak sampai giliran gua. Berdebar. Hahaha.
Nasi kaler kuning.
Pilih lauk.
Ini memang sedap as my brunch woah.
Bila teringat balik sekarang ni, lapar sebab memang sedap. Gua recommend sangat korang pergi kedai sini. Lokasi di pecan Kuah berdekatan kedai Nasi Ayam famous tu. Tak ingat nama apa.

Ok, sekarang dah tahap malas nak menaip. Hehe. Moh layan gambar.

Aktiviti hari pertama: Makam Mahsuri.

Aktiviti hari pertama: Telaga Mahsuri
 Haha. Tiba-tiba sangat terus ke Cable car kan. Yup, after Makam Mahsuri terus lari ke Cable Car sebab time orang solat Jumaat. So menyempat la pergi time tak crowded sangat. Cuaca pun tengah cun panas dan view cantik. Bertabah jer masa ni tapi dah sampai atas, nyaman je angin sejuk.

Aktiviti hari pertama: Cable Car (RM15 per entry (MyKAD))
Ini tempat wajib singgah lepas cable car. Laksa terbaik. Pesembur pun terbaik. Recommend sangat.

Aktiviti hari pertama: Pantai Kok

Gelang persahabatan katanya.
Disebabkan cuaca panas, lepas cable car balik ke bilik dan rest. Sempat lah melelapkan mata. Huhu. Pukul 6pm keluar balik untuk sunset time.
Aktiviti hari pertama: Dataran Lang

Aktiviti hari pertama: Dataran Lang

Aktiviti hari pertama: Sunset Dataran Lang
Hari kedua kitorang tak buat apa sangat. Kata memang cuti dan nak berehat-rehat kan. Jadinya check out hotel awal dan bergerak ke Cenang nak cari hotel yang dah booked siap-siap kat Agoda. Kitorang stay kat White Lodge Chalet. Untuk family room, RM200 untuk satu malam. Memang puas hati sangat sebab hotel best, wifi laju, dekat dengan pantai, bersih, dan cantik. And, staff pun helpful. Cuma agak sukar nak cari chalet ni sebab dia sedikit tersorok, but it’s okay sebab gua call beberapa kali tetaplah dia melayan baik nak guide ke jalan yang benaaarrrrr.

Hah..jadi balik. Tiba2 senget. Layannn.

Ada angsa lam bilik. Hehe
Ini adalah terpaling murah untuk pakej island hopping. Untungnya bila kita berkawan dengan local people. Huhu. Gua bukan jenis peramah sangat tapi tak salahkan cuba menjadi peramah dan make friends masa travel? Hasilnya, rezeki kami selalu murah, dapat pakej murah, dan tempat makan yang direkomen dekat kitorang memang murah dan sedap. Alhamdulillah.
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping (RM25 per person)
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping...Beratus helang sini woih.
Hari last macam biasa kalau berkunjung ke Langkawi, mesti membeli chocs sebab semua tau kotttt, kat Langkawi murah gila chocs dia. Gua tak beli banyak sangat. Tak amek order kawan-kawan pun. Nak mengangkut payah. 3 jam masa habis di Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Gua belikan mak gua periuk ajaib jenama Vantage size 36cm kalau tak silap. Untuk diri sendiri, periuk ajaib murah-murah sudah. Haha. Janji ada.

Masa kat sana, pagi last day tu, Lynn keluar sorang-sorang melayan panta. Gua dan Kak Boom belasah tidur. Balik je Lynn ke bilik, dia dah bercerita jumpa kawan baru. Hehe. Petang after shopping, ajak kawan Lynn pekena Laksa Sekoq berdekatan airport. Gila time hujan lebat menggila kitorang duduk layan laksa. By the way, kawan Lynn ni berasal dari Korea dan kerja di New Zealand (tempat idaman tuuu), dah beberapa bulan travel. Dia between job tu yang pergi travel dulu sebelum start kerja baru. Itulah ceritanya. Quite seronok bila dapat kawan baru sebab macam-macam pengalaman dia cerita.

Last Day: Sunset at Cenang
Sunset ni layan kat Yellow Café, area Pantai Cenang. Seriously memang recommended sangat tempat ni. Sangat chill untuk lepak. Masa ni lepak mengopi dengan Chan la sebelum kitorang gerak ke airport.

Ok, dah habis. Apa yang boleh gua khabarkan, jauh atau dekat perjalanan gua untuk bercuti, yang penting kita enjoy every moment of it. Percaya tak kalau gua cakap untuk 4 hari 4 malam, perbelanjaan gua in total untuk hotel, sewa kereta, minyak kereta, dan makan kurang dari RM350? Alhamdulillah. Looking forward for another jalan-jalan session.


Pengejar Helang,
Zana