Nuffnang Ads

12 October, 2012

Secret Recipe: Pegedel Zana

Salam,

Ho laa... Ho laa... Yes people! I know! I know! Gua dah lama tak mengupdate blog ni. Seriously, busy yang amat, masyaAllah. Selepas resign dari kampeni lama gua, gua busy packing barang dari rumah lama gua di Seri Kembangan dan sekarang gua dah menjadi warga Kuala Lumpur semula. Melalui kehidupan warga KL dengan menaiki bas dan LRT ke tempat kerja. Tiada lagi kemanjaan di bontot ini untuk menghenyakkan punggung di kusyen kereta dan memandu ke pejabat dengan selesanya. Cabaran bagi gua, tapi gua suka sebab gua jimat baaaaaanyak di situ. Yea, cakap la gua ni calculative, tapi kalau parking menjangkau puluhan ringgit sehari, tak masuk lagi minyak kereta kau hari-hari, ko mampu? Eh, emosi plak. Maafkan gua. Bukan bermaksud nak mengemokan diri setelah mendiamkan diri hampir sebulan.

Owh, bukan itu gua nak cerita sebenarnya. Sekadar nak berkongsi resepi paling simple dan mudah disediakan as "simple dan mudah" is my middle name (eh?), "Pegedel Zana". Haha.. Tak yah termuntah dulu. Kalau dah cuba nanti, barulah tau termuntah ke tidak yer kawan-kawan sekalian. Hari ni Chef Zana akan mengajar dan berkongsi resepi bagi yang pemalas nak memasak tapi nak masak gak sebab kalau beli tak puas makan, masak sendiri, lu melantak la sorang-sorang sampai puas. Maafkan gua. Banyak sangat merepek ni. By the way, pegedel ni gua buat masa balik kampung bulan lepas disebabkan mak gua masak sup tulang, gua pun meringankan tulang dan kasi sedar sikit sama lemak-lemak supaya bekerja dan terhasillah "Pegedel Zana" ni.

Bahan-bahan:

5 biji ubi kentang
1 bahagian dada ayam (disiat-siat)
Bawang goreng (ikut suka)
Daun sup (ikut suka)
Seulas bawang putih (ditumbuk lumat)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
2 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
Kentang dibuang kulit dan dipotong ikut suka. Bersihkan kentang dan rebus sehingga kentang lembut. Masukkan garam semasa merebus supaya rasa masinnya sekata. Anda boleh merasa air garam itu sendiri untuk mengelakkan pegedel anda terlalu masin.
PERINGATAN: JANGAN BUBUH GARAM BANYAK SANGAT.
Kentang rebusan dalam periuk. Agak-agak dah masak, angkat dan toskan.

Lenyekkan kentang di dalam bekas berasingan dan masukkan ayam, daun sup,bawang putih, bawang goreng dan serbuk lada hitam (sila rujuk gambar di atas).

Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.

Kepalkan menggunakan tangan yang bersih dan sudah dicuci dan dilap kering dan buatlah bentuk yang anda suka.

Gambar close up yang sudah dikepalkan. Nampak tak garis-garis putih pada pegedel tersebut. Itulah isi ayam yang bebas daripada lemak.

Selepas itu, pukul telur ayam di dalam mangkuk (tak payah sampai kembang, cukuplah pukul nak campurkan telur kuning dan putih tu). Panaskan minyak dengan api sederhana. Celupkan pegedel yang sudah dikepal ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

Haaa... mudahkan resepi yang gua kasi ni? Maaf ye, gua tak sempat amek gambar selepas masak sebab terlupa dan terlalu teruja nak makan. Lagi-lagi lawannya sup tulang. Gua request kat mak gua nak makan sup tulang, tapi bapak gua request nak makan ikan terubuk kukus. Lawannya dengan cili kicap yang ditumbuk. Pergh, terangkat. Masakan mak kan the best in the world. Tak percaya? Tak percaya sudah. Huhu.

Gua ucapkan selamat mencuba kepada sesiapa yang mempunyai middle name "simple dan mudah" seperti gua. Gua faham kehendak orang-orang seperti kita. Kikiki... Oklah, chow.

Si Tukang Masak,
Zana

No comments:

Post a Comment