Nuffnang Ads

11 February, 2014

Yakult & Me

Salam,

Rajin sangat gua nak share testimonial ni kan. Tapi, rasanya tak salah kalau benda baik dikongsi bersama, betul tak? Kenapa Yakult dan bukannya Vitagen ataupun minuman yogurt yang lain? Haha. Terpulang pada badan masing-masing. Gua suka nak kasi testimoni Yakult sebab gua merupakan 1 happy customer untuk Yakult. And then, Yakult paling sesuai dengan gua. Tapi kalau korang sesuai dengan jenama lain, silakan. Tiada kecil hati dari pihak gua. ;)

Sebenarnya gua dah mula mengamalkan minum Yakult ni setiap malam sebelum tidur. Why sebelum tidur? Sebabnya, gua nak bakteria tu bekerja di masa gua tidak mengambil sebarang makanan, yakni masa tidur gua. Siapa cakap? Gua cakap. Terpulang nak percaya ke tidak. Tapi, gua selidik sendiri je. Kalau info ini sama dengan mana-mana testimoni ke apa ke, ianya adalah kebetulan sahaja.

Nak dijadikan cerita, gua ni memang mempunyai masalah sembelit. Terus-terang je gua cakap ni. Masalah ni dah berlaku beberapa tahun lamanya sampai gua di tahap redhooo. Kalau gua masuk ke bilik air jer, confirm mengambil masa lama sebab nak meneran. Keras siot, sakit vuntut titew. Dah, lu tak payah nak bayangkan sangat. Gua yang menaip ni pun dah geli geleman. Tapi, fahamkan? Hikhikhik.

Gua dah mengamalkan minum Yakult ni sejak 3 bulan yang lepas. Hasilnya, alhamdulillah. Memang confirm lawas setiap hari. Tak payah nak menunggu lama atas toilet bowl tu meneran bagai. Keceburrrr jer dia keluar. Hahaha. Kepala pun dah kurang pening-pening lalat. Kalau sebelum ni, gua kerap gak rasa pening macam nak pitam, mungkin disebabkan toksin yang terlalu tinggi. But now, ada sedikit kelegaan. Badan rasa a bit ringan walaupun tetaplah maintain besarnya begitu. Gua ada gak rasa nak amalkan 7 days natural detox. Kena pilih masa yang sesuai. Sebab badan kita memang patut di'detox'kan sekurang-kurangnya dalam setahun lu kena buat.

Gambar ihsan Google.
Nanti bila gua dah memulakan sesi detox gua share eh. Itupun entah bila. But korang, kalau ada masalah sembelit, trylah Yakult. Memang sangat-sangat membantu bagi yang mengalami masalah sembelit macam gua. Sebotol sehari pun dah cukup walaupun ada yang cakap maximum boleh amek 2 botol. Tapi macam rugi jer. Sebab badan gua yang besar ni pun cuma perlukan sebotol sehari, dah cukup. Ingat yer, ini bukan minuman untuk menghilangkan haus ke apa sebab bakteria yang terkandung di setiap botol Yakult memang banyak membantu. Sebelum, minum, sila goncang perlahan-lahan. Jangan kuat sangat. Kang tak pasal-pasal mati bakteria tu.

Owh, cukuplah setakat ini dulu entri pasal Yakult dari gua. Semoga entri kali ini memberi manfaat pada semua.

xoxo,
Zana

10 February, 2014

Oli Olivia

Salam,

Gua dah bermastautin di Wangsa Maju dah masuk bulan keempat dah. Rumah ni pun gua dapat melalui Mudah. Satu rumah duduk berdua je. Gua sewa bilik je pun and the house pun memang  selesa untuk dua orang. Privacy, cozy, and comfy. Hahaha. Housemate gua ni ada bela kucing bernama Olivia a.k.a Oli. Memang payah okay nak merapatkan diri dengan si Oli ni. Garangnya ya hampunnn. Lu pegang je, dia bolos tapi at the same time masa gua mula-mula duduk di rumah tu, dia lah yang paling sibuk. Kejap-kejap jenguk bilik gua. Bila dipegang, tak nak pulak. So, gua biarkan je sampailah dia dah mula bermesra dan menjadi roommate gua. Dah tak lari bila dipegang dan duduk diam bila dipeluk. Dalam masa dua minggu jugaklah dia membiasakan diri dengan gua.

Sepanjang gua duduk di WM ni, housemate gua pernah lah jugak takda di rumah for few days, balik kampunglah, join Penang bridge marathon lah, sometimes tidur rumah kawan, etc. Tinggallah gua berdua dengan Oli. Menjaga makan minum Oli. Pfffftttt!!! Untunglahhh si Oli ni sebab kalau gua keluar, gua mesti akan memikirkan dia sebab takut dia lapar ke apa ke walaupun sebelum keluar dah sediakan makanan siap-siap. Baliklah gua awal ke rumah, tapi dia okay je. Fine Oli!! Sebab gua memang pencinta kucing dari dulu lagi. Sebab tu terlebih concern pasal si Oli ni. Hihihi.

Nah, gua kasi gambar si Oli buat tatapan.

Masa ni cuak-cuak lagi dengan gua tapi still mau lepak bilik gua.

Menjenguk dari tirai kamar gua. 

Kakak kawasan.

Berlagak comel tapi dia tengah on heat ni. Hikhikhik. Kesian.

Mentarzankan diri. 

Bila tido, kesian plak nak marah-marah.

Wassup?

Kena marah sebab suka cakar karpet.

Busy body. Gua buat kerja tiba-tiba muka dia muncul. Haha. Jadi peneman selalunya.
Nak dijadikan cerita, dua minggu lepas, gua berholiday ke Padang Indonesia dan terus balik ke kampung di Kuching. Kiranya gua takda dalam seminggu lebih jugaklah. Masa gua balik tu,, Lynn (housemate gua) yang pickup gua di airport. Terus gua bertanyakan Oli. So, Lynn pun ceritalah si Oli dah tak nak makan since 4 hari lepas, minum pun tak nak, wet food pun tak sentuh, duduk je la dalam pasir najis dia tu. Macam meneran nak berak tapi lu makan apa Oli??? Takda benda nak proses okay. Siap Lynn dah bawak ke vet, bagi injection, ubat semua pun dia still tak nak makan. Doc pun dah kata dia takda apa-apa. Tiap-tiap malam si Oli tidur dalam bilik gua. Hmm, risau gua dengar cerita si Lynn. Sampai di rumah, gua simpan barang-barang and terus jenguk Oli di belakang. Masa tu dia duduk dalam pasir najis dia. Hehehe. Gua pergi kat dia baru dia perasan, mata membulat dan terus pergi kat gua sambil mengiau-ngiau dan menggesel badan dia kat gua. Haha. Gua rasa kalau dia boleh bercakap, confirm dah banyak tanya gua pergi mana. Faham pulak gua bahasa kucing ni. Gua belai je lah dia layan-layan kejap. Si Lynn plak pergi belakang terus tak puas hati, sebab dengan Lynn dia tak mau plak gesel-gesel. Suara pun susah nak keluar. Hahaha. Magicnya, 15 minutes after, dia pergi dekat Lynn dan mengiau-ngiau. Si Lynn bagi makanan, Oli makan dengan lahap gua cakap lu. Beriya-iya makan tu. Rupanya, rindu kat gua. Alahai Oli, whylah so comel berperangai macam tu? Korang jangan tak tau, binatang pun ada perasaan okay. And until now, selera makan dia okay, Alhamdulillah. And rasa serba salah plak gua ni. Dibuatnya nanti gua nak away lama-lama cemana dengan Oli? Kesian Oli. Hmm.. :(

Pencinta Jejaka Kucing,

Zana

05 February, 2014

Dah 3 bulan.. hmm..

Salam,

Hangpa jangan fikir bukan-bukan naa. Haha. Gua belum lagi officially bergelar wife kepada sesiapa, apatah lagi tajuk '3 bulan' macam mengundang kontroversi sangat. Eh, kontroversi ke? Sekali-sekala kasi can sama gua feeling retis, boleh? Thank you. *flip tudung*

Gua dah lama sangat tak mengupdate blog ni. Why Zana, why? Hish, biasalah, takde reason. Cerita banyak, cumanya mood nak menaip dan bercerita tu a bit kurang. Senang cerita, pemalas. Heuheuheu.

Tapi gua mcam nak gigihkan diri jugak nak berblog macam dulu. Dulu agak suam-suam kuku tapi sekarang dah tahap ais kosong. Apa pun tak boleh.

Baru-baru ni gua ada trip ke Padang, Indonesia. Agak-agak rajin nanti, maka adalah gua up entri ke Padang yo. Janji ke tak janji? Gua pilih tak janji.

Eh, dah lah. Short update jer ni. Byeeee...

Yang merindui blog sendiri,
Zana