Nuffnang Ads

19 August, 2013

The Journey: Trip to the north (the foods)

Salam,

Hai korang. Vavavava.. Lama sangat ni tak mengupdate. Bizi la katakan. Hoho.. Feeling sangat gua ni seolah-olah ada yang menantikan entri dari gua kan. Ah, apa gua peduli. Gua punya suka sebab gua punya blog. Pffftttt... berlagak sangat si Zana ni. Meh kakikan laju-laju. Huhu..

Ok, cerita yang gua kecoh sangat nak sampaikan ni adalah kejadian sebulan sebelum bulan puasa. Masa ni adalah trip berdua bersama MK. Sebelum difitnah, gua terus sahaja sampaikan di sini, yang kami tidak tidur bersama dan check in di bilik berlainan. Terpulang mahu mempercayai atau tidak, tapi asalkan gua sendiri tau, sudah. Sekian. Eh eh.. Nak marah bunyinya... Haha... Tidakla. Gua tidak marah. Cuma memberitahu sebelum tersebarnya fitnah dan juga kejian dari korang. Ekekekeke, ada faham? *jeling*

Ok, mari teruskan. Trip kali ni gua pergi from 21 June 2013 sampai 24 June 2013, 4 days, 3 nights. Tempat yang dicover adalah Kedah (Sungai Petani & Alor Setar), Penang, Perak (Ipoh) dan Pahang. Trip yang sangat-sangat puas hati bagi gua. 4 days yang full of surprises. Memandangkan di tajuk je pun gua dah letak "the foods" dalam kurungan, so seharusnya entri ini adalah entri bergambar makanan sahaja. Hahaha...

 
Roti Telur Bawang + Nescafe tarik = kesedapan yang tidak terhingga menjamu perut semasa ketibaan di Sungai Petani. Menyinggah ke SP sebab MK nak jumpa kawan yang duduk SP. Layankan saja. 
Nama Restoran: Nasi Kandar Nasmi Sentral Square (kalau tak silap)


Nama Restoran: Nasi Lemak Royale, Alor Setar.
Pendapat gua? Bolehlah. Tak masuk dengan tekak gua sangat. 


Sate, Laksam dan Laksa. Sedap tak terkata laksam dia. Laksa dia punya kuah masa gua datang tu, a bit cair but still okay. MK makan beriya. Kena dengan tekak dia agaknya. Masa ni makan bersama kawan-kawan MK, sebab kedai ni recommended daripada kawan MK, so lets makan laksa. Rugi kalau datang utara tak pekena laksa dia nooo.. Hahaha.
Nama Restoran: Laksa Teluk Kechai


Korang jangan nak manja sangat tak tahu menda ni apa. Haha. 


Durian ni adalah dari dusun kawan si MK, Farid a.k.a Bert. Masa ni lepak rumah kawan MK yg lain pulak, Abg Tam. Gua banyak lepak dengan isteri Abg Tam ni jer. Gilo lama lepak sampai 1 am baru gua balik ke bilik tu pun lepas puas gua jeling si MK. Penyudahnya, dia hantar gua balik ke hotel, dia patah balik rumah Abg Tam. Untuk pengetahuan korang, rumah Abg Tam adalah port pertemuan MK dan kawan-kawan diorang lagipun wife Abg Tam ni sporting. Cuma gua je rasa tak keruan sebab berlama-lamaan rumah orang. Tak pasti MK balik pukul berapa sebab gua balik bilik, hati panas, cuci muka terus tido. Haha. Eh.. Melalut pulak. nanti citer pasal tu. Kali ni gua nak menjamu mata korang dengan makanan jer.


Day 2: Penang
Nama Restoran: Nasi Kandar Line Clear
Haa, sapa-sapa ke Penang, konfem dah tau restoran ni. Tepi jalan, dalam lorong, orang beratur panjang, makanan adalah super SEDAPPP. Entahlah, gua memang rasa segala-galanya cukup rasa dan kena dengan tekak gua. Benci plak, type entri ni kan, sendiri taip, sendiri telan air liur. Ok, tak suka. Ahhh, nexttt...

Sebelum terlupa, after makan nasi kandar, berjalan ke Lorong Chowrasta makan cendol yang juga super SEDAPPP. Haizzz... gua tak amek gambar sangat sebabnya battery masa tu dah nak kong, so gua ungkapkan dengan ayat jer la. Even makan malam pun tak tangkap gambar sebab... adalah sebabnya. T___T


Day 3: Soya + cincau
Nama Restoran: Funny Mountain Tau Fu Fah, Ipoh
Keluar dari Penang lalu highway dan membelok ke Ipoh untuk menikmati air soya ini memang mengasyikkan di tengah hari panas. Some more, kedai itupun ramai orang. Beratur jugak masa membeli, tapi gua menunggu di dalam kereta sebaliknya MK yang gigih keluar membeli sebab nak sangat gua rasa air soya kegemarannya yang paling sedapp si dia pernah rasa. Owh, menyanyi riang semasa mendapat air ini di dalam genggaman. Tidak dinafikan, memang sedap. *Senyum girang*


Kononnya sudah mahu pulang ke KL, sebaliknya perjalanan diteruskan tatkala MK membawa gua ke Cameron Highland. Seronok tak terkata. Teruja sangat masa nak sampai ke Cameron. Ini menu dinner. Set steamboat for 2. Cuaca sejuk pastu dapat makanan panas-panas macam ni, memang ummpphhh.
Nama Restoran: Fauzi Tomyam & Steamboat

Gua gedik, konon-konon lepas dinner nak dessert bagai. Jalan kaki jer pusing-pusing kawasan hotel yang gua duduk tu, then jumpa satu kedai yang nampak menarik. Ini espresso, MK punya. feeling sangat dia ni nak espresso bagai. Haha.


Yang ini adalah scones with creme, butter and fresh strawberry jam + hot choc. Layanan restoran ni adalah 5 star. Siap chef yang keluar hidangkan pada kami. Ajar macam mana cara makan. Al-maklumla, tak reti kan. Chef tu siap cakap scones ni dibuat sendiri. Gua dapat panas-panas. Masa gua amek gambar pun dah kena sound sebab chef kata kena makan semasa masih panas barulah butter tu cair dan sedap semasa disapu. Haizz, telan liur lagi. So korang, kalau ke Cameron, sila pastikan korang ke sini untuk menikmati scones ni. Scones adalah untuk 2 orang yer macam 1 set atas ni. Kang gua tak bertanggungjawab kalau korang pentamak nak dua-dua sebab scones dia agak besar dan makan 1 pun dah cukup. Sila kongsi. Hahaha. Sebab nanti korang muak.
Nama Restoran: J-Tea cafe

Last sekali, before balik, ini yang gua idam-idamkan. Strawberry waffle & strawberry milkshake.Waffle tu kalau korang tengok gambar atas ni dia letak chocolate syrup, whipped cream dan fresh strawberry. Milkshake adalah terbaik. MK yang habiskan. Gua rasa adalah gua sedut 5 kali je kot.
Nama Restoran: Raju's Hill Strawberry Farm

Dah, berakhirlah entri trip gua. Ini entri pasal makanan sepanjang perjalanan gua je yer. Haish, senyum senang gua dan teringat-ingat semua makanan ni. Eh, oklah. Nanti senang gua up lagi entri. Kalau rajin, gua cerita destinasi trip ke utara ni pulak. 

Lerp lerp,
Zana

18 July, 2013

Secret Recipe: Sup Ayam si bujang

Salam,

Bertemu kembali. Hehe. Dah hari ke-9 puasa untuk tahun 2013 ni kan. Gua baru nak share menu gua pada hari pertama puasa aritu. Gua kan suka citer benda dah basi?? Hahaha.. ada aku kesah? Ok ok.. tak mau buang masa. Jom zass saja ke bahan-bahan yang super mudah.

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Cili padi (tak nak pakai pun boleh)
Halia
Rempah tumis (bunga lawang and kayu manis tu) p/s: kalau ada yang jual sepeket sekawan tu, lagi sonang
Ubi kentang
Tomato
Ayam
Garam
Bahan perasa (ikut laa nak pakai aji no moto ke, pasti sedap ke, tak kisah)

Cara-caranya:

Cuci ayam bersih-bersih, then letak dalam periuk berisi air, terus letak atas api kat dapur. Potong ubi kentang ikut suka nak bentuk macam mana, gua potong 4 je sonang, then campak. Cuci rempah tumis bersih-bersih then campak. Pastu, bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi tu tumbuk sampai paras ko suka mana, nak lumat ke tak lumat ke, mana-mana pun okay.Then campak dalam periuk, gaul. Potong tomato (belah 4), then campak. Gaul-gaul sampai ubi kentang empuk, masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa sedikit. Bahan perasa jangan banyak-banyak kang orang pening sebab terlalu banyak bahan perasa. Macam gua, gua letak memang sikit.



So, siapla sup ayam bujang. Lawannya, cili padi tumbuk dengan seulas bawang putih sampai lumat, then masukkan kicap. Fuhhh, bertambah nasik gua.

Resepi ni gua belajar dari bapak gua. memang simple nak mampus. Tak payah pakai minyak. Menyihatkan. Dulu zaman belajar, selalu gak buat. Hahaha. Makan ramai-ramai dengan nasik panas-panas. Fuhh, berpeluh.

Oklah, ada masa lagi, gua update. Selamat menjalankan ibadah puasa.

Xoxo,
Zana



10 July, 2013

Salam Ramadhan

Salam,

Wahhh waahhh waahhh.. sana sini jer gua tengok blog update mngucapkan selamat berpuasa, dan tak kurang juga belum habis 1 hari berpuasa dah share pic makanan. Menciii taw! Gua dah lah terduga hari ni. Hahaha. Tapi takpe. Office gua boleh balik jam 4 ptg, yeahoooo. Semangat gua bangun awal pagi nak masuk kol 8am. Takpe, janji balik awal.

Owh, semalam gua lepak umah MK, saja menjenguk maknya sambil makan durian. Adei, dapnya durian. Sembang-sembang kejap, maknya si MK minta diri nak naik bilik nak mandi. Gua lepak dengan MK sambil melayan movie dalam lappy dia. Gua ingat nak balik rumah awal, konon-kononnya sebab nak bangun awal kan, almaklum bulan posa masuk kol 8am, then si MK dok la menahan gua lepak duluuu. Ok, kita turutkan.

Rupa-rupanya dia nak masakkan gua nasi goreng. Waaahhh, terharuuu. Gigih taw masak malam-malam sebab nak kasi gua sahur walaupun more to supper. Hahaha. First time taw rasa air tangan suami  buah hati. Yang menyampahnya, baru suapan pertama, tak kena lidah lagi nasik tu dia dah cakap, "Ye laaaa, tak sedapp. Orang tak pandai masak." Eh eh, tiba-tiba sentap padahal gua tak sempat lagi merasa apa-apa kat lidah. Hahahaha. Pastu gua pujilah sedap, siap tambah 3 kali okay. Adeh, kenyang perut. Walaupun kurang masin jer, tambah sikit garam, then perfect la nasik tu. Tapi, tak berani nak cakap, ye laa, gua tak cakap pape, dia dah sentap. Demm. Baik gua diamkan and puji-puji nasi goreng dia sedap, siap request nanti lain kali nak suruh masakkan lagi. Tapi entah, gua okay jer makan semalam sebab kesedapan terasa or mungkin dipenuhi kasih sayang si pembuatnya? Hahahaha... *muntah ijau*

Last-last gua balik jam 1.30pagi okay. Gua paksa suruh hantar. Hehe. Dah lewat and then gua dah mengantuk. Bahaya drive, then balik siap-siap kunci jam konon nak sahur dengan air masak jer kan. Hahahaha, takda maknanya. Terlajak terus.

Owh, gua kena akhiri sekarang entry ni, tiba-tiba ada hal. Papepun korang, gua ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Maafkan sekiranya blog gua ada tercaci, termaki, terguriskan hati dan perasaan korang. Okay. I love you all my silemt readers. Waaah, feeling sangat. Tata.

Saya berpuasa juga,
Zana