Nuffnang Ads

09 July, 2013

sony xperia L ~ new bestfren!



Salam,

Ingat tak hari tu gua cakap akan rajin mengupdate blog? Know why? Hehehe… sebabnya gua dah ada medium nak mengambil gambar. Klik sana, klik sini… zassss, masuk Instagram. Hiks, ye laa, gua bukan beli yang canggih-manggih punya camera, gua beli phone jer setelah sekian lama gua berfikir. Camera lama dah kena rompak masa kes pecah rumah dulu tu kan.

Bila ada camera ni gua jadi rajin mengambil gambar dan terus ke Instagram gua je. Dulu takda phone pintar takda plak sibuk berInstagram bagai. Hiks, sekarang baru gua tau feel dia macam mana. Well, sukaaaaaa sangat. Sebab apa taw, apa yang kita buat tang tang tu kan, kita boleh zass je upload, so pic tu dah edit lawa-lawa (lawa ke??), nanti in future leh tengok balik. Wahhh, dah ada kenangan tercipta di situ. Senyum senang. Eh, tiba-tiba..

Owh, gua buat entry ni sebenarnya nak kenalkan kawan baik terbaru gua. Sentiasa ada di sisi gua, tak kira siang atau malam. Erk, over sangat plak. Ok ok, penat merapu meraban, kenalkan…

MR. SONY XPERIA L

Pilihan hati gua haruslah hitam.

comes with 3 colours. Merah pun lawa, tapi gua tetap suka hitam
 So far gua menjadi pengguna phone ni dah sebulan dah and it was really awesome. Tapi biasalah, mana ada semuanya perfect kan, jadinya ada la few benda yang gua boleh maafkan. Tapi part battery dia memang gua suka, tahan lama kot. Takdalah macam lu dok main-main je phone lu tapi battery tahan sampai 3 hari. No no. kira macam gua pergi kerja pukul 8, battery fully charged 100%, pakai sikit-sikit whatsapp, we chat, check FB, sms, call kejap-kejap, bila time balik pukul 6, battery ada lagi 80%. Kira wow gak la kan. Tapi, memalam sebelum tidur kena charge gak la sebab belah malam la gua aktif gunakan phone. 

Selain tu, tang camera dia pun lawa. 8MP punya camera, sudah mampu buatkan gua sengih kerang busuk. Front camera juga ada, tapi tidaklah 8MP gak. Melampau la kalau 8MP. Hehehe.  VGA jer. Pastu camera dia ada banyak features gak. Dia ada geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization, HDR, sweep panorama dan macam-macam lagi.
Sekarang ni,si MK rajin betul pegang phone gua. Walaupun takde apa, kang skandal lama yang still simpan number, dok tengok gua ada dalm Whatsapp ke, terus zass anta message kat Whatsapp, tak ke naya, kang meletus plak perang padahal orang tu Cuma bertanya khabar. Haha, takpe dia pegang phone gua sebab dok kemaruk main game, fuhh, sabar je laa.

Eh, dah tak tau nak menaip apa. Tiba-tiba hilang mood. Erm, untuk review pasal phone ni boleh chck kat GSMArena. Haha, gua malas plak nak copy link. Adoii..

Me,
Zana

03 July, 2013

XPAX USER, IT'S TIME TO RELOAD!

Salam,



Waaahhh, belum apa-apa, kemain terus up entry berupa quiz. Quiz ke? Hehe.. Bukan apa, gua dengan bangganya menyatakan gua adalah pengguna setia CELCOM, and then dengan bangganya gua up entry ni nak bagitau gua dah gunakan CELCOM more than 8 years okay, tengok tak betapa setianya gua? Sebelum ni adalah menggunakan "teettt" and "tuuuttt" punya line, tapi macam mahal je rate dia. Tak taulah untuk korang, tapi bagi gua, agak MAHAL okay. So, sekarang gua setia dengan CELCOM memandangkan rate dia untuk membuat panggilan adalah sangat murah. Ini honest ok, bukan mengipas. *flip hair*

Okay, sebenarnya gua nak bagitau kalau korang ni merupakan pelanggan CELCOM seperti gua (waaahhhh sangat, gimme FIVE! *ok, tetiba sangat nak gimme 5 bagai, phuii*), korang pun ada peluang memenangi hadiah berupa jam tangan bernilai RM10RIBU setiap hari. SETIAP HARI okayyy... Caranya? Mudah sangat.

1. RELOAD RM10 2 KALI SEHARI; atau
2. RELOAD RM30 SEHARI SEKALI

Mudah kan?? Gua ni memang jenis selalu mereload phone gua tu. Wink Wink. Terbayang jam tangan RM10,000 di tangan. Tak pun, tiba-tiba tuah badan menang jam tangan bernilai RM30,000 ke kan. Eh? Gua mentioned RM30,000??? Yes! Pada hari istimewa, akan ada jam tangan bernilai RM30,000 untuk dimenangi. Siapa agaknya yang bertuah tu?



So people, it's time to reload. Kot-kot la menang kan? kan? kan? Caranya mudah sangat. Ikut je steps yang gua mentioned atas tu. Ok, takpe. Gua baik hati, kopipes semula di bawah ini:

1. RELOAD RM10 2 KALI SEHARI; atau
2. RELOAD RM30 SEHARI SEKALI

Hahaha. Semangat gila gua up entry ni, dengan harapan korang pun bersemangat bersama-sama gua sekali. Fuuhhh. Ok all, later sambung. Gua nak mereload jap. RM30 zassss untuk 2 entry. Harap-harap menang. Amin.

For more info, meh klik SINI.

I AM ONE PROUD X-PAX USER,
Zana

14 June, 2013

Sawang

Salam,

Perghhhh... Lu tengok sini.. Meh dekat sikit! Nampak tak itu labah-labah???? Tolong spraykan sikit. Hikhikhik. Almost 2 months gua tak mengupdate. Maaf kalian. Gua teramat busy tapi blog-walking hari-hari gua rajin. Boleh macam tu?? Ok, takpe. Kita akan rajin mengupdate selepas hari ini? Nak tau kenapa????? Tungguuuuuuuuu. Haha. Konon-konon best la kan nak cakap macamtu. *lempang diri-sendiri 80 das*

Truly,
Zana