Gua stress buat kerja di office sekarang. So rasanya nak
distract mind kejap, then marilah mengupdate blog. Hehehe. Sekarang, semasa
entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 6.53PM, maknanya gua masih lagi tidak
balik ke rumah. Dan kerja gua masih berlambak sekarang ni tapi disebabkan otak
gua dah tepu dan kesihatan gua yang terganggu serba sedikit now, jadi moh
cerita-ceriti sket.
Semalam balik dari berkerja (semalam pulang awal sikit
yerr), gua rodger Zaza, kot-kot ler dia tengah free kan and luckily dia free
dan pulang awal juga. Zaza fetch gua dan biasalah aktiviti makan didahulukan.
Kehkehkeh. Zaza ajak gua ke Cozy Place kat Menara Great Eastern, Jalan Ampang.
Oh well, tempat dia memang cozy wa cakap lu. Sampaikan we spent almost 2 hours
kat situ pun boleh gua tak perasan. See?? Dapat tempat duduk paling hujung,
ditambah lagi tepi tingkap dan tiada sesiapa duduk berdekatan kami, so let’s
gelak terkekek-kekek. Few weeks gak tak jumpa si Zaza ni kot. Tak ingat bila
last time gua jumpa minah ni. Sesi luahan perasaan dan sesi mengupdate story
kehidupan masing-masing. Haha. Biasalah pompuan khenzzz.. Walaupun almost
everyday bersembang di Google Talk, still TAK SEMUA cerita update taw. Lu
tengok betapa banyaknya cerita dari pihak perempuan. Haipp!!! Lu jangan ingat
kitorang gossip artis. Tak masuk list. Cerita life masing-masing lagi penting. Hahaha.
Yang kelakarnya, masa kitorang berjalan ke Cozy Place ni,
ada shooting apa entah dalam tu, and gua dengan confident, “Owh, shooting
cerita Tamil.” Zaza toleh dan mengiyakan. Hahaha. Vangang taw masing-masing
disebabkan nampak ada crew berbangsa India di situ. Pastu rupa-rupanya kitorang
masa tengok tu tengah turun escalator, then salah turun. Alaa, sesapa pernah
sampai Menara Great Eastern confirm tau lah escalator dia cemana. Satu yang
panjang and satu yang rendah. Yang panjang tu macam lu dari level 4, terus
turun level 2. Pastu yang pendek tu satu persatu la kira, dari level 4, turun
level 3, then level 2, then seterusnyalah. OK faham? Tak? Lantaklah. Baca lagi
sekali. Hahaha. Ok, jauh dah menyimpang ni. Pastu kitorang naik balik escalator
pendek nak ke level 3 sebab Cozy Place tu level 3 kalau tak silap, then nampak
secara dekat la shooting tu. Pastu Zaza cakap, “Hoi, memandai je ko. Bukan cerita
Tamil la. Aku kenal pelakon tu.” Hahaha. Gua ni jenis TV pun jarang bukak.
Kehkehkeh. Dan pengetahuan Zaza lagi extra dari gua taw. Jangan memain.
Hehehe. “Itu pelawak NTV7 laaa.” Gua was
like, HUH??? SAPA PLAK?? Hahaha. Sekali Zaza tunjuk, SAH! TAK KENAL!! Sapa
weh??? Gua Cuma tengok dari belakang then Zaza cuba describe pasal mamat tu.
Still, gua tak kenal. Hehehe. Sebab pelawak/pelakon tu membelakangkan kami.
Dari belakang = botak, badan berisi. Depan tak nampak. So, gua teka, Harith
Iskander?? Free-free dapat ‘bodoh’ dari Zaza. Hahaha. Gua tak kenal weh.
Help!!!
Then, sambung aktiviti makan tanpa mempedulikan pasal
shooting tadi. We had the same dish. Tengah-tengah bulan kan. Plain water and
kway teow. Tengah bulan la sangat as kway teow tu cost us RM9.90 each taw!
Total bill for two RM20.70. Hehehe. Cheapskate?? Whateverrrrrr~
Habis je makan dan bersembang, terpaksa balik sebab laki si
Zaza dah call mintak laporan lokasi, so let’s balik. Nak cari ATM plak sebab
masing-masing perlukan cash. Jengjengjeng. Guess what? Terjumpa laa mamat
pelawak/pelakon yang Zaza cakap tu. Tengok depan-depan, serius weh, gua tak
kenal. Ketinggalan zamankah gua?? sebab gua dah cuba google and cuba macam-macam
keyword still tak dapat image yang gua capture dari anak mata gua sendiri
semalam. Damn. Sampai sekarang gua tertanya-tanya, siapakah beliau???
Haish,
Zana