Salam,
Gua sendiri tak tau kenapa idea untuk berblog ni kurang
kebelakangan ni. Adakah gua terlalu stress di pejabat sehinggakan setiap kali
gua nak menaip entri baru je, mesti akan terbantut idea. Padahal, sebelum ni
kalau gi makan ke mana-mana ke, mesti gua akan bercakap dalam hati, “ Balik kang gua nak taip blog pasal ni..
yada..yada..yada..”. Tapi itulah hakikatnya manusia, hanya merancang tapi
Tuhan menentukan. Kehkehkeh.. “Ayat lu
macam nak kena sepak, dah pemalas tu pemalas jugaklah.. Kecohlah lu Zana.” Kata korang di dalam hati.
Ok, teruskan. Kali ni gua nak story-mory pasal kes makan
malam yang melampau tahap Godzilla dengan mommy-to-be, Zaza. Lama gak la gua tak melepak lama-lama
dengan Zaza ni. Masing-masing kesibukan dengan duniawi, mengejar harta dunia,
dan ye laa, dia kan dah bersuami. Takkan gua sesuka-suki nak culik dia dari
rumah mertua. Gila apa? hahaha.. so kenalah ada persefahaman di situ, ye dok?
And memandangkan sabtu lepas sang suami Zaza ni ada badminton, haruslah
kesempatan diambil untuk kami berdua-duaan dan bergossip panas sambil
memenuhkan segala ruang di dalam perut ini. Ooo yeah.
Jam 7 malam, gua dah keluar dari rumah. Nak memandu ke Gombak,
bukannya jauh. Cilok-cilok sikit, 10 minit gua dah sampai. Destinasi pertama
seperti yang dirancang adalah ke ‘The Bikers Planet Café SS15’. Nak tau kenapa café
ini menjadi pilihan? Sebabnya situ ada menjual Sarawak Cuisine dan bagi gua
yang dah laaammmmmaaaaaa sangat tak balik kampung ni, seharusnya gua mencuba
Laksa Sarawak di sana, dan Zaza pulak mencuba Mi Kolok. And guess what?? Masa
kitorang sampai tu, ada 3 meja je occupied, termasuk meja gua. Café tu bagi
gua, okay untuk melepak. Tapi servis, slow. Bayangkan gua punya laksa sampai
almost half an hour and kuahnya suam-suam kuku je tahap kepanasan. Gua ingatkan
kalau lama-lama dia akan datang dengan asap berkepul-kepul and rasa yang
superb. Ok, gua kecewa. And Zaza punya meal sampai 20 minutes after me. Dalam hati
dah berkata, tak maulah ke sana lagi sebab servis slow sangat. Tapi, mi kolok
dia memang kena dengan tekak si Zaza, and for me, not bad. Gua juga menyukainya
sebab dia punya cili kicap and combination dengan mi kolok itu sendiri di tahap
OK. So, bolehlah kalau nak kembali untuk menghilangkan keinginan makan Mi
Kolok. Laksa nanti gua nak booking Zaza masakkan. Hehe. Harga untuk Mi Kolok dan
Laksa Sarawak yang kitorang order iz RM4.90 each. Lokasinya berdekatan dengan
Mamak Pelita Subang jaya SS15 tu. Tak tau jugak? Sila google map yer.
Gambar ihsan Google |
Destinasi seterusnya, gua dan Zaza menghadamkam makanan
dengan shopping groceries di Giant yang baru bukak bersebelahan Pelita tu je.
Gua tak ingat apa nama mall tu. Maaf. Tapi, dalam pada nak bayar tu, sempat
tangan mencapai aiskrim sebelum ke kaunter. Hahaha. Dessert katanya. Gua amek
perisa Tiramisu dan Zaza amek perisa Oren. Hahaha. Aiskrim murah jer yang King’s
tu, 99sen each. Konon-konon kalau tak sedap, buang je la. Buruk perangai kan…
tapi, dua-dua makan sampai licin sebab sedap. Hehehe.
Gambar ihsan Google |
Then, guess what? Gua dengan Zaza ke ‘Warung Nasi Lemak
Panas (Warisan Sambal Opah)’ pulak. Sebab so far lauk-pauk di sambal opah ni la
yang bagi kami si Godzilla ni, lauknya adalah superb. Haha. Dengan hanya menaip,
gua dah terliur, acane? Ok.. ok.. dengan membuat perjanjian hanya makan
sebungkus nasi lemak cinonet tu sorang satu, dan lauk yang diambil hanyalah
hirisan kentang nipis masak sambal manis dan paru sambal, dan segelas air suam,
we managed to finish everything. Muahahaha… gilolah. Dan harganya Cuma RM13 untuk dua
orang (kalau tak silap, tapi tak lebih
RM15). Sini memang gua dah repeat beberapa kali sebab memang sedap dan
menjilat jari. Owh, dua lauk yang diambil adalah favourite kami. Untuk lu yang
nak datang tapi tak suka paru ke apa, no
worries bebeh. Baaaanyak gila lauk yang korang boleh pilih. Lokasi? Jeng jeng
jeng. Ni kat USJ 9. Silalah Google Map ye kawan-kawan. Serius tidak
mengecewakan. O yeah.
Okay, tu jer kisah si Godzilla makan malam. Hehe. Sekian.
Yang Benar,
Zana