Nuffnang Ads

24 November, 2014

November rain

Salam,

Lama gua tak mengupdate blog. Sememangnya lately ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup gua dan tak mampu untuk gua tanggung. Gua cuma berharap diberi kekuatan nak tempuh semua dugaan yang sedang gua hadapi. In sha Allah. Doakan gua ok?

21 October, 2014

Short Update!

Salam,

Lama rasanya gua tak bersiaran di sini. Busy sangat, seriously. Busy mengadap kehidupan sebenar. Hahaha. Poyo sangat bunyinya. Busy kerja, busy dengan badminton, busy dengan kawan-kawan yang tak jenuh mengajak melepak. Alhamdulillah, banyak masalah yang berjaya gua lupakan and sentiasa fikir positif.

Anyhoo, malam ni gua mulakan longggg journey naik KTM jarak jauh dengan Ajid. Why KTM? Sebab lebih murah, dan gua teringinnnn nak experience sendiri naik KTM berjarak jauh. Destinasi? Atas sikit dari sempadan, Hat Yai. Nanti gua rajin gua kasi live update. Kalau tak, jenuhlah menunggu. Cerita Taman Negara gua still tak boleh bukak hard disk nak upload gambar. Next time ye.

Kawan-kawan gua ramai dah memulakan journey. Gua tak nak ketinggalan lerrr. Nak jugakkk merancang short trip macam ni. Kak Boom dah selamat berangkat ke Siem Reap pagi tadi. Hafiz dah selamat ke Incheon last sunday. Hopefully me will enjoy every moment of it. And so do you, enjoy your long weekend ni. Hiks!

And so, gua janji short update kan? Betul-betul short ni. Baju pun tak pilih lagi ni and gua cuma ada sejam nak mandi and siap serta packing. Dasaarrrrr. Hahahahaha.

K bye.

Xoxo,
Zana

19 September, 2014

Diet Atkins - Day 6

Salam,

Hello semua. Wah wah. Entri taman negara tu later lah sebabnya kan gambar tak dapat nak transfer kat lappy. Payah sikit di situ. Huhu.

Ok, nak kasi progress diet gua. Ini masuk hari ke 6. Punyalah obses sampai hari-hari menimbang. Hahaha. Pompuan gila memang macam ni. Tapi hari-hari adalah happy. Sebab ada penurunan. Syukurrr.

Tapi kan sebelum tu nak bagitau yang gua hari-hari buat light workout jer tak berapa berani nak extreme sangat. But mostly gua upload kat instagram gua. meh gua cerita serba sedikit apa yang gua buat hari-hari.

Ahad -
Cardio exercise for beginner 10 minutes at home (pagi).
Walking around kawasan rumah je (2km) and panjat bukit sikit depan rumah (petang).

Isnin -
Badminton (malam)

Selasa (public holiday) -
Walking and jogging at titiwangsa (pagi)

Rabu -
Dancing class (petang)

Khamis -
Gym : buat cardio jer. Cycling and threadmill (petang).

Serius korang. Memang gua buat tak berapa nak extreme. Nak kasi peluh keluar je. Sebab nak biasakan jantung gua pam darah so boleh terima lain-lain exercise yang lebih lagi di masa akan datang. Lagipun gua cepat letih.

Pasal makan pun memang gua tak amek carbs. Nasi, bihun, mi, makanan bertepung semua tu dah masuk hari ke enam gua tak amek. Seksa? Beauty is pain katanyaaaa.

Kawan-kawan? Ramai yang menyokong gua. Bagi moral support. Yang negative thinking kita abaikan dan biarkan berlalu bagai angin yang lalu. Semoga semangat ini berkekalan. Kena buat betul-betul. Minum ais dan manis memang takda dah. Hari-hari menogok air masak or suam berliter-liter. Mula-mila memang seksa gila nak minum. Kejap-kejap ke toilet. Masuk hari ke 4 dah okay sikit. Tanpa dipaksa gua togok selamba 2.5 liter sebelum lunch hour. Ada jugak time gua stress which was yesterday, gua minum 1.5 liter je. So, tips nya tak boleh stress. Cepat-cepat kena overcome stress tu, okay?

Next week parent gua turun KL. Cabaran gak tu. Mesti nak makan sedap-sedap so gua kena bersedia. No cheat day. Not yet. Padahal dalam hati dah nak pesan macam-macam dari Sarawak nun. Hahaha. Owh roti mentega Mita kegemaranku. Kena berkorban lah. Nanti-nanti pun boleh makan. Huhu.

Owh, ini hari ke 6 so gua pun proud dengan diri sendiri yang gua dah turun 4 kg. Alhamdulillah. Sendiri teruja dengan penurunan itu.  Tengok after 2 weeks plak nanti cemana. Gua nak support dari korang gak taw taw taw. Huhuhu. Thanks korang.

Argh, arini baru minum air masak sikit. Oklah korang, gua nak menogok air dulu. Ekekeke. Sesuatu sangat menogok-nogok. K bye.

Xoxo,
Zana