Nuffnang Ads

23 June, 2014

@faizdickievp #komiksengal

Salam,

Woot! Woot! Pernah tak dengar nama faizdickie? Hahaha. Gua first diperkenalkan end of last year oleh housemate gua tapi tak amek port sangat sampailah kakak gua dok mention-mention nama gua kat IG faizdickie ni. Mulalah gua mengexplore and dok ralit mengekeh sorang-sorang melayan IG dia.

Alkisahnya dulu IG dia @faizdickie, tapi adalah sebabnya then kena delete oleh IG. Hikhik. Doesn’t matterlah as long as dia dah bukak IG baru, then gua okay sajerrr. Asal tension jer, gua tau IG dia akan menceriakan hidup gua. waaah, sampai tahap gitu. Meh gua share some of #komiksengal. Eh, jangan lupa follow @faizdickievp di Instagram. Video-video pun ada banyak. Gua kalau dah tahap suka, gua share sama-sama tak makan sorang. Kehkehkeh. Moh la kita.








Some katanya.... Nak lagi?? Pi follow @faizdickievp di instagram. And kalau korang perasan, lawak dia mostly berdasarkan kisah atau kehidupan sebenar kita sebagai masyarakat melayu. The good thing is, walaupun #komiksengal faizdickie ni adalah sesengal alam, setiap komik tu kebanyakannya ada ceritanya sendiri. Nak tau? Pi follow. Strongly recommended. Wah, gitchewww!

P/S: Gua promote untuk keceriaan bersama sahaja. Tiada niat tersembunyi. Harap maklong!


Villagepeople,
Zana

20 June, 2014

if it makes you happy


 'nuff said.

Kucing: Jebat namanya

Salam,

Ni gua nak cerita pasal kucing gua bernama Jebat ni. Sekarang ni kat rumah gua ada 3 ekor kucing semuanya, Jebat, Loki and Oli. Gua sebenarnya suspek si Jebat ni ada penyakit lembam or terencat akal ke apa sebab dia macam jenis tak alert sama ada tempat dia pergi tu bahaya ke apa. Kesian pun ada, lawak pun ada.

Siap pakai stokin dalam rumah. Hahaha.
Nak dijadikan cerita, rumah gua ni tingkat 4, so dia dah 2 kali jatuh dari tingkat 4 ni. Alhamdulillah, Selamat dan sihat lagi sampai sekarang. Nasib baik jumpa balik. Kalau tak, nangesss.

Kena pakai flash baru nampak mata dia. Hahahaha.
Pastu, dua hari lepas gua nak basuh baju, so jenis gua ni akan letak detergent dulu dalam mesin and masukkan air dulu baru masukkan baju-baju kotor as gua tak nak la detergent tu melekat di baju. Kiranya gua akan tunggu air sabun baru letak baju, barulah equal semua bersih dan wangi. hahaha. boleh gitu? Ok, sambung. Gua tadah air tu and pergilah mandi sementara tunggu nak penuh. Masa gua dah habis mandi, masuk bilik, terkejut gua tengok Jebat kebasahan satu badan dari kepala sampai ekor. Gua pergi tanya Lynn, dia pun tak tau, pastu gua fikir-fikir then bagitau Lynn yang gua syak dia jatuh dalam mesin tu. Sekali bau, ada bau sabun. Ya Allah, kesiannya Jebaaatttt. Air sabun kot. Dia elok je duduk diam macam takda apa. Ni dah kejadian ketiga. Jebat ni bagusnya dia jenis senyap-senyap je. Jarang nak keluarkan suara. Unlike Loki, suara dia serumah boleh dengar cuma belum tahap pecah suara macam kucing bujang cari betina. Hahaha.


Nampak tak comotnya dia? Hahaha
Lagi satu, Jebat ni bukan jenis kucing yang pandai bersihkan diri dia. Loki dan Oli elok je bersih dan cantik, tapi Jebat ni a bit comot. Hahaha.  Selalunya gua atau Lynn akan cubalah bersihkan. Nak mandikan selalu dia kecik lagi. Padahal dulu dia dan Loki besarnya lebih kurang je. Sekarang Loki dah membesar bagaikan juara tapi Jebat ni macam tak besar-besar. Boleh gitu? Hmm, mungkinlah ada besar sikit tapi takdelah nampak sangat. Nak jugak amek hati sendiri. Hahaha.

Tetapppplah sayanggg. Comel je di mata gua.
Eh, oklah. Nanti gua share gambar kucing-kucing lain pulak. Tiba-tiba rasa rindu kat diorang ni. Huhuhu.


Cats Lover,
Zana