Nuffnang Ads

03 July, 2013

XPAX USER, IT'S TIME TO RELOAD!

Salam,



Waaahhh, belum apa-apa, kemain terus up entry berupa quiz. Quiz ke? Hehe.. Bukan apa, gua dengan bangganya menyatakan gua adalah pengguna setia CELCOM, and then dengan bangganya gua up entry ni nak bagitau gua dah gunakan CELCOM more than 8 years okay, tengok tak betapa setianya gua? Sebelum ni adalah menggunakan "teettt" and "tuuuttt" punya line, tapi macam mahal je rate dia. Tak taulah untuk korang, tapi bagi gua, agak MAHAL okay. So, sekarang gua setia dengan CELCOM memandangkan rate dia untuk membuat panggilan adalah sangat murah. Ini honest ok, bukan mengipas. *flip hair*

Okay, sebenarnya gua nak bagitau kalau korang ni merupakan pelanggan CELCOM seperti gua (waaahhhh sangat, gimme FIVE! *ok, tetiba sangat nak gimme 5 bagai, phuii*), korang pun ada peluang memenangi hadiah berupa jam tangan bernilai RM10RIBU setiap hari. SETIAP HARI okayyy... Caranya? Mudah sangat.

1. RELOAD RM10 2 KALI SEHARI; atau
2. RELOAD RM30 SEHARI SEKALI

Mudah kan?? Gua ni memang jenis selalu mereload phone gua tu. Wink Wink. Terbayang jam tangan RM10,000 di tangan. Tak pun, tiba-tiba tuah badan menang jam tangan bernilai RM30,000 ke kan. Eh? Gua mentioned RM30,000??? Yes! Pada hari istimewa, akan ada jam tangan bernilai RM30,000 untuk dimenangi. Siapa agaknya yang bertuah tu?



So people, it's time to reload. Kot-kot la menang kan? kan? kan? Caranya mudah sangat. Ikut je steps yang gua mentioned atas tu. Ok, takpe. Gua baik hati, kopipes semula di bawah ini:

1. RELOAD RM10 2 KALI SEHARI; atau
2. RELOAD RM30 SEHARI SEKALI

Hahaha. Semangat gila gua up entry ni, dengan harapan korang pun bersemangat bersama-sama gua sekali. Fuuhhh. Ok all, later sambung. Gua nak mereload jap. RM30 zassss untuk 2 entry. Harap-harap menang. Amin.

For more info, meh klik SINI.

I AM ONE PROUD X-PAX USER,
Zana

14 June, 2013

Sawang

Salam,

Perghhhh... Lu tengok sini.. Meh dekat sikit! Nampak tak itu labah-labah???? Tolong spraykan sikit. Hikhikhik. Almost 2 months gua tak mengupdate. Maaf kalian. Gua teramat busy tapi blog-walking hari-hari gua rajin. Boleh macam tu?? Ok, takpe. Kita akan rajin mengupdate selepas hari ini? Nak tau kenapa????? Tungguuuuuuuuu. Haha. Konon-konon best la kan nak cakap macamtu. *lempang diri-sendiri 80 das*

Truly,
Zana

18 April, 2013

Siapakah beliau???

Salam,

Gua stress buat kerja di office sekarang. So rasanya nak distract mind kejap, then marilah mengupdate blog. Hehehe. Sekarang, semasa entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 6.53PM, maknanya gua masih lagi tidak balik ke rumah. Dan kerja gua masih berlambak sekarang ni tapi disebabkan otak gua dah tepu dan kesihatan gua yang terganggu serba sedikit now, jadi moh cerita-ceriti sket.

Semalam balik dari berkerja (semalam pulang awal sikit yerr), gua rodger Zaza, kot-kot ler dia tengah free kan and luckily dia free dan pulang awal juga. Zaza fetch gua dan biasalah aktiviti makan didahulukan. Kehkehkeh. Zaza ajak gua ke Cozy Place kat Menara Great Eastern, Jalan Ampang. Oh well, tempat dia memang cozy wa cakap lu. Sampaikan we spent almost 2 hours kat situ pun boleh gua tak perasan. See?? Dapat tempat duduk paling hujung, ditambah lagi tepi tingkap dan tiada sesiapa duduk berdekatan kami, so let’s gelak terkekek-kekek. Few weeks gak tak jumpa si Zaza ni kot. Tak ingat bila last time gua jumpa minah ni. Sesi luahan perasaan dan sesi mengupdate story kehidupan masing-masing. Haha. Biasalah pompuan khenzzz.. Walaupun almost everyday bersembang di Google Talk, still TAK SEMUA cerita update taw. Lu tengok betapa banyaknya cerita dari pihak perempuan. Haipp!!! Lu jangan ingat kitorang gossip artis. Tak masuk list. Cerita life masing-masing lagi penting. Hahaha.

Yang kelakarnya, masa kitorang berjalan ke Cozy Place ni, ada shooting apa entah dalam tu, and gua dengan confident, “Owh, shooting cerita Tamil.” Zaza toleh dan mengiyakan. Hahaha. Vangang taw masing-masing disebabkan nampak ada crew berbangsa India di situ. Pastu rupa-rupanya kitorang masa tengok tu tengah turun escalator, then salah turun. Alaa, sesapa pernah sampai Menara Great Eastern confirm tau lah escalator dia cemana. Satu yang panjang and satu yang rendah. Yang panjang tu macam lu dari level 4, terus turun level 2. Pastu yang pendek tu satu persatu la kira, dari level 4, turun level 3, then level 2, then seterusnyalah. OK faham? Tak? Lantaklah. Baca lagi sekali. Hahaha. Ok, jauh dah menyimpang ni. Pastu kitorang naik balik escalator pendek nak ke level 3 sebab Cozy Place tu level 3 kalau tak silap, then nampak secara dekat la shooting tu. Pastu Zaza cakap, “Hoi, memandai je ko. Bukan cerita Tamil la. Aku kenal pelakon tu.” Hahaha. Gua ni jenis TV pun jarang bukak. Kehkehkeh. Dan pengetahuan Zaza lagi extra dari gua taw. Jangan memain. Hehehe.  “Itu pelawak NTV7 laaa.” Gua was like, HUH??? SAPA PLAK?? Hahaha. Sekali Zaza tunjuk, SAH! TAK KENAL!! Sapa weh??? Gua Cuma tengok dari belakang then Zaza cuba describe pasal mamat tu. Still, gua tak kenal. Hehehe. Sebab pelawak/pelakon tu membelakangkan kami. Dari belakang = botak, badan berisi. Depan tak nampak. So, gua teka, Harith Iskander?? Free-free dapat ‘bodoh’ dari Zaza. Hahaha. Gua tak kenal weh. Help!!!

Then, sambung aktiviti makan tanpa mempedulikan pasal shooting tadi. We had the same dish. Tengah-tengah bulan kan. Plain water and kway teow. Tengah bulan la sangat as kway teow tu cost us RM9.90 each taw! Total bill for two RM20.70. Hehehe. Cheapskate?? Whateverrrrrr~

Habis je makan dan bersembang, terpaksa balik sebab laki si Zaza dah call mintak laporan lokasi, so let’s balik. Nak cari ATM plak sebab masing-masing perlukan cash. Jengjengjeng. Guess what? Terjumpa laa mamat pelawak/pelakon yang Zaza cakap tu. Tengok depan-depan, serius weh, gua tak kenal. Ketinggalan zamankah gua?? sebab gua dah cuba google and cuba macam-macam keyword still tak dapat image yang gua capture dari anak mata gua sendiri semalam. Damn. Sampai sekarang gua tertanya-tanya, siapakah beliau???

Haish,
Zana