Nuffnang Ads

03 March, 2013

orang sarawak duk atas pokok?

Salam,

Ha ahh.. Betul..Betul.. Betul..

macam ni rumahnya..

haa.. macam ni pun ada jugak

ini pun sama.
a place like no other.

I LOVE SARAWAK.

Sarawakian,
Zana

save for Lahad Datu


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
 
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”
 
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
 
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
 

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
 
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
 
 
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد … اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
 

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
--dipetik dan saya edit dari blog ini. (walaupun artikel berkenaan adalah doa untuk Gaza, tapi saya share di sini untuk mendoakan semua mangsa-mangsa dan penduduk di tanah air tercinta). mohan maaf sekiranya ada kekhilafan dari saya untuk artikel ini.

kisah godzilla lagi: shopping kain plak..hoho

Salam,

Haaa.. kemain lu kan Zana.. semua nak godzilla jer... woiii... sesuka-suki gua la nak letak title apa. haha. kali ni gua nak cerita pasal kami (of coz me and Zaza) ke Jakel Jalan Tunku Abdul Rahman. Motif?? Ohhooooiii… of coz laaa nak beli kain. Untuk raya? Haa.. sekali laa.. untuk raya dan kerja maa..

Operasi bermula seawal 12 tengah hari. Awal laa sangat. Kesesakan di jalan TAR tu toksah citer laa. Memang sesak wooohhh. Fening lalat dibuatnya. Lu bayangkan je la. Tengah hari panas beb. Apa patut gua lakukan di tengah hari buta selain menikmati kehidupan gua di dalam bilik dan menonton Adam dan Hawa… tapi semuanya tak terancang. Gua gigihkan gak ke jalan TAR. Padahal hanya nak menemani Zaza. Last-last 2 pasang gua hangkut. Hoho. Teman laa sangattt. Hasutan lu memang berkesan wahai Puan Zaza. : p
Pencarian mencari kain baju melayu untuk sang suami.. eh, bukan suami gua. suami Zaza. Turun naik, turun naik, keputusan tak dibuat lagi. Hehe. Apa lagi. Meh ke tingkat 2 Jakel plak, survey langsir katanya. Dan, tadaaaaa. Survey laa sangat. Sekali terus tempah. Kellasss ko Maria. Ketemu gak akhirnya. Gua pun berkenan, meletops sangat kaler tu. Tiba-tiba nak verangan gak kan. Kalau rumah sendiri gigih la nak berangan. Duk umah sewa, simpan je la niat gua tu dulu sampai dapat rumah sendiri. Someday Zana.. Someday…

Almost 2 hours gak la berada di level langsir. Tapi seronok sebab servis OK. Sempat bercerita panjang pasal isu-isu semasa. Ok, semasa laaa sangat. Gossip time bebeh. Banyak mau diceritakan woooh. Selesai buat payment dan isi borang cabutan bertuah (lucky draw dapat S3 woohh..kalau rezeki baby tu, insyaAllah dapat S3 nanti..amin). Dengan pantas dan tangkas ke G floor plak mencari dan menyudahkan urusan membeli kain untuk sang suami. Eh.. eh.. kaki tiba-tiba stop kat kawasan kain untuk wanita plak. Murah beb. Sepasang RM27, and corak kelass. And semestinya mencari kain murah yang nampak mahal. Hehehe. Konon-konon gua nak sepasang jer, last-last grab dua sebab nak gak emerald green. So, dapat satu kaler kuning and satu lagi emerald green. Thanks bebeh pilihkan kain ijau tu. Caaannnntikkk, sampai sekarang sukaaa. Zaza plak in the end dapat kaler oren, walaupun dia nak ijau tapi ijau tu kan corak dia tak sesuai buat jubah sepertimana yang lu kehendaki? Ehehehe..

Cukup dua pasang, dengan tangkas melompat ke arah bahagian kain untuk baju melayu plak. Beli dua pasang untuk sang suami.. ehem.. diulangi.. suami Zaza, bukan gua. hoho. Settle semuanya, bergegas balik sebab dah pukul 4. Nak balik cepat sebab suami Zaza balik kerja 4.30pm. kang nak hantar gua plak, lagi lambat kan. Dalam pada nak cepat, sempat singgah beli buah-buahan dan kuih-muih. Sedappppp. Nanti kalau ke jalan TAR akan singgah kedai kuih tu lagi. Adei, susah nak dapat wadey (betol ke tidak eja ni, malas nak google) yang superb macam tu. :p

Ok dah, gua sampai rumah jam 4.40pm. sebab? Jammed lew. Itu jer cerita. Tak tau nak end kan cemana. Pepandai la korang baca dan fahami sendiri. K bye.

Yang Benar,
Zana